Wednesday, August 6, 2008

Syariah Kesucian Aagama Islam

BAHAGIAN III
KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN
KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA
7. Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis
atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apaapa
cara lain—
(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama
Islam dipandang hina;
(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau
mencemuh amalan atau upacara yang
berhubungan dengan agama Islam; atau
(c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang
hina mana-mana undang-undang yang sedang
berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang
berhubungan dengan agama Islam,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya.
8. Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau
atau perbuatannya, mempersendakan, menghina,
mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat
Al-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
9. Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang
menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari,
melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang
di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis
atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya.
Menghina,
atau
menyebabkan
dipandang
hina, dll.
agama Islam.
Mempersendakan,
dll
ayat Al-
Quran atau
Hadith.
Menghina
atau
mengingkari
pihak
berkuasa
agama
Kesalahan Jenayah Syariah 11
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
10. Mana-mana orang yang mengingkari, melanggar,
mempertikaikan, mempersendakan atau menyebabkan
dipandang hina apa-apa perintah Hakim atau Mahkamah
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya.
11. (1) Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku
mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama
Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 96
Akta Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya.
(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—
(a) mana-mana orang atau golongan orang yang
dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 98
Akta Pentadbiran; atau
(b) mana-mana orang yang mengajar atau mengaku
mengajar apa-apa perkara yang berhubungan
dengan agama Islam di dalam kediamannya
sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.
12. Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan
atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang
ajaran Islam, Hukum Syarak atau apa-apa isu yang
bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang
berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
13. (1) Mana-mana orang yang—
(a) mencetak, menyiarkan, menerbitkan, merakamkan,
menyebarkan atau dengan apa-apa
cara lain menyebarkan apa-apa buku, risalah,
dokumen atau apa-apa bentuk rakaman yang
mengandungi apa-apa jua yang bertentangan
dengan Hukum Syarak; atau
Mengingkari
perintah
Mahkamah.
Mengajar
agama tanpa
tauliah.
Pendapat
yang bertentangan
dengan
fatwa.
Penerbitan
agama yang
bertentangan
dengan
Hukum
Syarak.
12 Rang Undang-Undang
(b) ada dalam miliknya apa-apa buku, risalah,
dokumen atau rakaman sedemikian,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya.
(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya manamana
buku, risalah, dokumen atau rakaman yang disebut
dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan,
walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan
berkaitan dengan buku, risalah, dokumen atau rakaman

No comments: