Wednesday, August 6, 2008

Sex Luar Nikah, Zina dan Sumbang Mahram atau Nyah

KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN
KESUS1LAAN
20. Mana-mana orang yang melakukan perbuatan
sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
21. (1) Mana-mana orang perempuan yang melacurkan
dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum
dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(2) Mana-mana orang yang—
(a) melacurkan isterinya atau kanak-kanak
perempuan dalam peliharaannya; atau
Minuman
yang
memabukkan.
Perbuatan
sumbang
mahram
Pelacuran.
Kesalahan Jenayah Syariah 15
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
(b) menyebabkan atau membenarkan isterinya atau
kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya
melacurkan diri,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum
dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
22. Mana-mana orang yang bertindak sebagai muncikari
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum
dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
23. (1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan
persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan
isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam
sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi
hukuman itu.
(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan
persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya
yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum
dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah
akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan
kerelaannya adalah keterangan prima facie tentang
pelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh orang
perempuan itu.
Muncikari.
Persetubuhan
luar nikah.
16 Rang Undang-Undang
(4) Bagi maksud subseksyen (3), mana-mana orang
perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya
dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah
dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil
luar nikah.
24. Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan
sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar
nikah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya.
25. Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat
tidak melebihi enam, sebatan atau dihukum dengan manamana
kombinasi hukuman itu.
26. Mana-mana orang perempuan yang melakukan
musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum
dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
27. (1) Mana-mana—
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama
dengan seorang atau lebih daripada seorang
perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;
atau
(b) orang perempuan yang didapati berada bersama
dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki
yang bukan suami atau mahramnya,
di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam
rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan
syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang
tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan
Perbuatan
sebagai
persediaan
untuk
melakukan
persetubuhan
luar nikah.
Liwat.
Musahaqah.
Khalwat.
Kesalahan Jenayah Syariah 17
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya..
28. Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian
perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana
tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya.
29. Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan
tidak sopan bertentangan dengan Hukum Syarak di manamana
tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

No comments: