KESALAHAN PELBAGAI
30. (1) Mana-mana orang yang memberikan keterangan
palsu atau memalsukan keterangan bagi maksud ia
digunakan dalam apa-apa peringkat dalam sesuatu
presiding kehakiman di Mahkamah adalah malakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai
sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah
dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana
undang-undang bertulis yang lain berhubungan dengan
agama Islam, memberikan apa-apa maklumat berhubungan
dengan kesalahan itu yang diketahuinya atau dipercayainya
sebagai palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya.
Orang lelaki
berlagak
seperti
perempuan.
Perbuatan
tidak sopan
di tempat
awam.
Memberikan
keterangan,
maklumat
atau
pernyataan
palsu.
18 Rang Undang-Undang
31. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana
orang yang mengatakan atau menohmahkan dengan
perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis, atau dengan
isyarat atau gambaran tampak, atau dengan apa-apa
perbuatan, aktiviti atau pelakuan, atau dengan
menganjurkan, menaja atau membuat perkiraan bagi apaapa
aktiviti atau selainnya dengan apa-apa cara, bahawa
mana-mana orang yang menganut agama Islam atau orang
yang tergolong dalam apa-apa kumpulan, golongan atau
perihalan orang yang menganut agama Islam—
(a) adalah kafir;
(b) tidak lagi menganut agama Islam;
(c) tidak sepatutnya diterima, atau tidak boleh
diterima, sebagai menganuti agama Islam; atau
(d) tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau
tergolong dalam, agama Islam,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya.
(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—
(a) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana
Mahkamah atau pihak berkuasa agama yang
ditubuhkan, dibentuk atau dilantik oleh atau di
bawah mana-mana undang-undang bertulis dan
yang diberikan kuasa untuk membuat atau
mengeluarkan apa-apa keputusan mengenai apaapa
perkara yang berhubungan dengan agama
Islam; dan
(b) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana
orang menurut atau mengikut apa-apa keputusan
yang dibuat atau dikeluarkan oleh Mahkamah
atau pihak berkuasa sedemikian, sama ada atau
tidak keputusan itu adalah secara bertulis atau,
jika bertulis, sama ada atau tidak ia disiarkan
dalam Warta.
Takfir
Kesalahan Jenayah Syariah 19
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
32. Mana-raana orang yang memusnahkan, merosakkan
atau mencemarkan mana-mana masjid atau surau atau
tempat beribadat lain atau apa-apa kelengkapannya dengan
niat menghina atau mempersendakan agama Islam adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya.
33. Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah
atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dia
dilantik sebagai amil atau selainnya diberikuasa oleh Majlis
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah
memerintahkan supaya pungutan itu dirampas dan dibayar
ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah
seksyen 60 Akta Pentadbiran.
34. Mana-mana orang yang membayar atau menyebabkan
supaya dibayar zakat atau fitrah kepada mana-mana orang
yang tidak diberikuasa secara sah untuk memungut zakat
atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.
35. Mana-mana orang yang menganjurkan, mendorong
atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa
maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya.
36. Mana-mana orang yang memujuk lari seorang
perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau
dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya
meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh
suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
Memusnahkan
atau
mencemarkan
masjid.
surau, dsb.
Pemungutan
zakat atau
fitrah tanpa
kuasa.
Pembayaran
tak sah akan
zakat atau
fitrah.
Menggalakkan
maksiat.
Memujuk lari
perempuan
bersuami.
20 Rang Undang-Undang
atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan
perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.
37. Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan
yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri
yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan
Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya
hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah
dengan sah.
38. Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau
memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan
supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan
tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya.
39. Mana-mana orang yang memujuk lari atau mendorong
atau memujuk mana-mana orang perempuan supaya lari
daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya,
dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah
yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan orang
perempuan itu.
40. Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau
menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah
peliharaannya kepada mana-mana orang yang tidak
beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh
membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai
berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.
Menghalang
pasangan
yang sudah
bernikah
daripada
hidup sebagai
suami isteri
Menghasut
suami atau
isteri supaya
bercerai atau
mengabaikan
kewajipan
Memujuk lari
orang
perempuan.
Menjual atau
memberikan
anak kepada
orang bukan
Islam
Kesalahan Jenayah Syariah 21
(Wilayah-Wilayah Persekuluan)
41. Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang
menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan,
mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau
iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
42. Mana-mana orang yang mempamerkan pada atau
berkenaan dengan mana-mana makanan atau minuman
yang tidak halal, apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa
makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-d
No comments:
Post a Comment