Wednesday, August 6, 2008

Daftar Maksud Undang Undang Syariah Wilayah Persekutuan Malaysia

RANG UNDANG-UNDANG
b e r n a m a
Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan bagi kesalahan
jenayah Syariah, dan perkara-perkara yang berhubungan
dengannya.
[ ]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG
oleh Sen Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan
nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat
yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa
daripadanya, seperti berikut;
BAHAGIAN I
PERMULAAN
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1996
dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui
pemberitahuan dalam Warta.
(2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi—
(a) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan
sahaja; dan
(b) orang Islam sahaja.
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya
menghendaki makna yang lain—
"Akta Pentadbiran" ertinya Akta Pentadbiran Undang-
Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993;
"baligh" ertinya sudah cukup umur mengikut Hukum
Syarak;
Tajuk ringkas,
mula berkuatkuasa
dan
pemakaian.
Tafsiran.
Akta 505.
6 Rang Undang-Undang
"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak
1952 bagi Negeri Selangor—
(a) berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh
Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian
Pentadbiran Enakmen Hukum Syarak) 1974,
1981 dan 1988 yang dibuat menurut subseksyen
6 (4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973
dan yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur menurut kuasa subseksyen 6(1)
Akta itu dan Akta Pentadbiran Hukum Syarak
(Pindaan) 1984; dan
(b) berhubungan dengan Wilayah Persekutuan
Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan dan
diperluaskan oleh Perintah Wilayah Persekutuan
Labuan (Pengubahsuaian dan Peluasan Enakmen
Pentadbiran Hukum Syarak) 1985 yang dibuat
menurut seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan)
(No. 2) 1984;
"fatwa" ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah
seksyen 34 Akta Pentadbiran;
"Hakim" ertinya hakim Mahkamah Rayuan Syariah,
Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rendah Syariah
yang dilantik masing-masing di bawah seksyen 41, 42
dan 43 Akta Pentadbiran;
"Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut manamana
mazhab yang diiktiraf;
"iron" ertinya sesuatu pengataan yang dibuat oleh
seseorang lelaki dengan bersumpah mengikut Hukum
Syarak bahawa isterinya telah melakukan zina;
"liwat" ertinya perhubungan seks sesama lelaki;
"Mahkamah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah,
Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan
Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang
ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta Pentadbiran;
Sel. En. 3/52.
P.U. (A)
44/74.
P.U. (A)
390/81.
P.U. (A)
263/88.
Akta A206.
Akta A576.
P.U. (A)
352/85.
Akta A585.
Kesalahan Jenayah Syariah 7
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1)
Akta Pentadbiran;
"Mufti" ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi
Wilayah Persekutuan di bawah seksyen 32 Akta
Pentadbiran, dan termasuklah Timbalan Mufti;
"muncikari" ertinya seseorang yang bertindak sebagai
orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang
lelaki bagi apa-apa maksud yang menyalahi Hukum
Syarak;
"musahaqah" ertinya perhubungan seks sesama
perempuan;
"pusat pemulihan diluluskan" ertinya mana-mana tempat
atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah
seksyen 54;
"qazaf" ertinya membuat pengataan palsu terhadap
mana-mana orang;
"rumah diluluskan" ertinya mana-mana tempat atau
institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah
seksyen 54;
"sumbang mahram" ertinya persetubuhan antara lelaki
dan perempuan yang dilarang mengahwini satu sama lain
di bawah Hukum Syarak;
"takfir" ertinya menganggap seseorang orang Islam
sebagai orang bukan Islam;
"Wilayah Persekutuan" ertinya Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Labuan;
"zina" ertinya persetubuhan antara lelaki dengan
perempuan tanpa nikah.
8 Rang Undang-Undang
(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan
dalam Akta ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi
ditakrifkan dalam Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967
hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya
masing-masing dalam Akta-Akta itu setakat yang erti
sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau
tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam
Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah
dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan
itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam
Jadual

No comments: