Friday, June 6, 2008

Subsidi Petroleum Kepada Sektor?

Adakah Kerajaan memberi subsidi produk petroleum tambahan kepada sektor-sektor
tertentu?
· Ya, selain daripada subsidi produk petroleum yang telah disebutkan, Kerajaan juga telah
memberi beberapa subsidi tambahan kepada sektor terpilih. Ini untuk mengurangkan beban
rakyat, terutama mereka berpendapatan rendah dan sederhana serta memastikan harga
barangan dan perkhidmatan tidak meningkat dengan mendadak.
· Subsidi tambahan turut diberi kepada pengusaha kenderaan awam dan perdagangan di bawah
Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi. Sebanyak 84 peratus pengangkutan awam dan
pengangkutan barangan pengguna atau lebih 275,900 kenderaan layak menikmati harga diesel
bersubsidi pada harga RM1.43 seliter. Harga ini adalah 15 sen lebih rendah berbanding harga
semasa RM1.58 seliter untuk pengguna lain.
· Sebanyak 20 jenis kenderaan termasuk bas sekolah, bas ekspres, bas mini, kereta sewa dan
teksi layak menggunakan kemudahan fleetcard ini di 3,121 stesen minyak di seluruh negara.
Surat kelulusan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna.
· Kerajaan juga melaksanakan Sistem e-Diesel Nelayan bagi sektor perikanan. Melalui sistem ini
Kerajaan menetapkan diesel bersubsidi pada harga RM1.00 seliter kepada kira-kira 18,000
nelayan di seluruh negara.
· Selain itu, seramai 15,000 nelayan pesisir pantai yang menggunakan bot dengan enjin sangkut
petrol dan berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga menikmati petrol
bersubsidi pada harga RM1.00 seliter.
· Diesel bersubsidi juga diberikan kepada pengusaha bot penumpang di pedalaman Sabah dan
Sarawak pada harga RM1.20 seliter.
8. Apakah sumbangan PETRONAS kepada negara?
· PETRONAS adalah sebuah syarikat ditubuhkan oleh Kerajaan pada tahun 1974, bertujuan
untuk membangunkan sumber minyak dan gas negara.
· Kini, PETRONAS telah berkembang untuk menjadi sebuah syarikat minyak dan gas yang
tersenarai dalam Fortune Global 500, iaitu tergolong sebagai salah satu syarikat terbesar
dunia. PETRONAS mempunyai empat anak syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia
dan beroperasi di lebih 33 buah negara. Ini menjadikan PETRONAS sebagai sebuah syarikat
minyak dan gas multinasional.
· Terdapat banyak sumbangan besar PETRONAS kepada negara, di antaranya :
o Pada tahun 2007, PETRONAS telah menyumbang RM48.3 bilion dalam bentuk cukai,
dividen dan royalti. Jumlah ini merupakan 66.2 peratus daripada keuntungan kasar.
Page 9
8
o Dalam sektor pendidikan, PETRONAS telah menubuhkan Universiti Teknologi Petronas dan
Institut Teknologi Petroleum bagi menyediakan peluang pengajian di peringkat tertiari.
PETRONAS juga turut memberikan biasiswa kepada pelajar berkelayakan di sekolah
menengah dan di universiti tempatan dan luar negara.
o Petrosains di KLCC yang dimiliki dan dikendali oleh PETRONAS adalah bagi mendedah
dan meningkatkan minat para pelajar dan generasi muda terhadap ilmu sains dan teknologi.
Pendedahan ini diharap menjadi langkah pertama ke arah mendalami imu tersebut dan
seterusnya melahirkan ahli sains dan teknologi tempatan yang berwibawa.
o Pembinaan KLCC merupakan mercu tanda utama pembangunan negara manakala Taman
Rekreasi KLCC disediakan secara percuma untuk kegunaan semua golongan masyarakat.
o PETRONAS melalui anak syarikatnya Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. sebagai pemaju
Putrajaya telah menyumbang kepada pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan di Putrajaya. Di samping itu, PETRONAS berperanan sebagai agensi peneraju
Koridor Ekonomi Wilayah Timur.
o Dalam sektor pelancongan, PETRONAS telah menganjurkan sukan elit Formula 1 di
Malaysia sebagai salah satu strategi penjenamaan Malaysia di peringkat antarabangsa dan
sebagai satu usaha untuk menggalakkan pelancongan di dalam negara. Di samping itu,
PETRONAS melibakan diri dalam teknologi pembangunan enjin automatif bagi Formula 1
dan kegunaan komersil.
o Selain itu, PETRONAS juga memberi subsidi gas kepada sektor tenaga dan sektor bukan
tenaga berjumlah RM58.2 bilion bagi tempoh Mei 1997 hingga Mac 2007. Harga gas yang
ditetapkan kepada sektor tenaga pada masa ini hanyalah RM6.40 setiap million British
Thermal Unit (mmbtu) sahaja sedangkan harga gas berasaskan harga komersial ialah
sebanyak RM40.53 setiap mmbtu. Pada tahun 2006, PETRONAS telah membelanjakan
sebanyak RM15.6 bilion untuk membekalkan gas bersubsidi kepada sektor tenaga dan
bukan tenaga.
BANTUAN-BANTUAN LAIN
9. Selain daripada subsidi minyak, adakah bantuan lain yang diberi oleh Kerajaan?
· Ya, selain daripada subsidi minyak terdapat pelbagai bantuan lain yang diberikan oleh
Kerajaan. Subsidi adalah bantuan diterima secara terus oleh pengguna atau pengeluar /
pengusaha seperti subsidi minyak, persekolahan seperti bantuan makanan dan pinjaman buku
teks, subsidi bantuan harga padi dan subsidi baja, subsidi kepada orang asli, pengangkutan
udara ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan sebagainya.
· Bantuan-bantuan lain adalah dalam bentuk perkhidmatan yang diberikan oleh Kerajaan dengan
harga bayaran minimum atau percuma. Di antaranya adalah rawatan perubatan di klinik dan
Page 10
9
hospital Kerajaan, pendidikan di sekolah rendah, menengah dan di institusi pengajian tinggi
awam, biasiswa dan pinjaman pelajaran.
· Pada tahun 2007 sebanyak RM9.2 bilion telah dibelanjakan oleh Kerajaan dalam bentuk
pelbagai bantuan kepada rakyat seperti di Jadual 2.
JADUAL 2
Terdapat Pelbagai Bantuan Kepada Rakyat ...
Sumber : Kementerian Kewangan & Jabatan Kebajikan Masyarakat
10.
Apakah bantuan-bantuan lain yang diberikan oleh Kerajaan untuk meningkatkan kualiti
hidup rakyat? Sila jelaskan.
· Pertanian
o Seramai 50,832 peneroka Felda akan menerima kenaikan kadar pinjaman sara hidup dan
pendahuluan pendapatan dengan peruntukan sebanyak RM2.15 bilion dalam tempoh lima
tahun mulai Mac 2008 hingga tahun 2012. Selain itu, peneroka kelapa sawit juga akan
menerima pendapatan tambahan melalui agihan bayaran lebihan hasil. Peruntukan ini
melibatkan RM1.89 bilion bagi peneroka kelapa sawit manakala RM250 juta bagi peneroka

No comments: