Friday, June 6, 2008

Malaysia Hasik Minyak Kenapa Minyak Kita Perlu naik?

Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyak kita perlu naik?

· Malaysia mengeluarkan minyak jenis Tapis, namun minyak tersebut tidak digunakan dalam
negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport.
Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan
tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yang lebih
mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.
· Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia. Walau
bagaimanapun OPEC memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran
minyak dunia tetapi ia tidak mampu mempengaruhi harga pasaran minyak sepenuhnya.
· Dari segi produk petroleum tempatan (petrol, diesel dan LPG), PETRONAS hanya
membekalkan 42 peratus daripada pasaran runcit produk petroleum. Bakinya dibekalkan oleh
syarikat asing seperti Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Jika harga runcit produk
petroleum hendak dikekal rendah, Kerajaan terpaksa menanggung keseluruhan subsidi minyak
dan adalah tidak bijak Kerajaan berbuat demikian. Jika PETRONAS pula dikehendaki
menanggung keseluruhan subsidi tersebut, bermakna PETRONAS juga terpaksa menanggung
subsidi yang sepatutnya dibayar oleh Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Ini kerana
Kerajaan tidak boleh memaksa syarikat minyak asing untuk menanggung subsidi tersebut
kerana ia bukan milik Kerajaan.
3. Berapakah harga petrol RON97 dan diesel di Malaysia berbanding harga di negara jiran?
· Secara perbandingan, harga petrol RON97 dan diesel di Malaysia adalah lebih murah daripada
kebanyakan negara ASEAN. Malah, ia adalah di antara yang terendah di dunia. (Sila lihat
Carta 2 dan 3)
CARTA 2
Harga Runcit Petrol RON97 Di Malaysia (November 2007)
Masih Antara Terendah Berbanding Dengan Negara Lain ...
Sumber : Berdasarkan penyelidikan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

No comments: