Friday, June 6, 2008

Sambungan subsidi...

Di samping itu, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM488 juta bagi subsidi harga
padi pada tahun 2007 dan sejumlah RM226 juta bagi subsidi baja padi. Nilai subsidi padi
adalah sebanyak RM248.10 setan metrik dengan ini harga padi dapat dinaikkan daripada
RM550 setan metrik ke paras RM650 setan metrik. Kenaikan ini membantu meningkatkan
pendapatan petani dan pensawah padi.
o Bank Pertanian Malaysia pula telah memberi pinjaman kepada petani dengan kadar faedah
yang rendah 3.75 peratus setahun berbanding kadar faedah pasaran 8.76 peratus. Nelayan
juga mendapat pinjaman dengan kadar faedah rendah sebanyak 0 hingga 2.5 peratus
setahun di bawah Dana Nelayan LKIM.
· Pendidikan
o Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan RM3 bilion menerusi Skim Bantuan
Tambahan kepada pelajar di seluruh negara pada tahun 2008. Jumlah yang besar ini
adalah untuk memastikan golongan kurang berkemampuan mendapat pembelaan
sewajarnya dan bagi mengelakkan mereka tercicir daripada arus pendidikan negara.
o Di samping itu, bermula pada tahun 2008, pendidikan awam diberikan secara percuma.
Yuran peperiksaan PMR, SPM, STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia serta yuran sekolah
menengah dan rendah telah dimansuhkan. Skim Pinjaman Buku Teks juga telah
diperluaskan meliputi semua pelajar.
o Bagi tahun 2008, Program Rancangan Makanan Tambahan telah diperuntukkan sebanyak
RM276 juta di mana setiap pelajar miskin akan dapat RM1.20 sehingga RM2.05. Program
Susu Sekolah diperuntukkan sebanyak RM26.7 juta untuk 621,773 pelajar. Sebanyak
RM188.8 juta adalah bantuan kepada murid sekolah rendah dan menengah untuk membeli
pakaian seragam unit beruniform. Bantuan Makan Khas Prasekolah diperuntukkan RM50
juta untuk 171,550 pelajar.
o Bantuan Makanan Asrama dinaikkan daripada RM9.50 kepada RM12.00 meningkat
daripada RM665 juta pada tahun lalu kepada RM1.08 bilion. Sebanyak RM268.5 juta
diperuntukkan bagi Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan
Skim Biasiswa Sukan. Selain itu, RM200 juta diperuntukkan kepada Tabung Kumpulan
Wang Amanah Pelajar Miskin, RM246.9 juta untuk Skim Bantuan Tuisyen dan RM91 juta
bagi Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid. Di samping itu, kelas-kelas percuma
untuk ibu bapa dalam kalangan Orang Asli diadakan supaya mereka hadir bersama anak
masing-masing.
o Untuk pelajar yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN), mereka hanya dikenakan kadar faedah 3.0 peratus setahun sedangkan Tabung
berkenaan terpaksa membayar faedah 5.0 peratus setahun kepada KWSP. Ini bererti
Kerajaan melalui PTPTN memberikan subsidi kadar faedah 2.0 peratus setahun kepada
setiap pelajar yang meminjam daripada PTPTN. (Sila lihat Jadual 3).
Bilangan Peminjam Dan Jumlah Pinjaman PTPTN
Yang Semakin Meningkat ...
Sumber : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
o Di samping itu, Kerajaan juga telah menaikkan elaun sara hidup pelajar di semua peringkat
pengajian tempatan, termasuk kursus persediaan dan kursus luar negeri ,di antara 23
hingga 84 peratus mulai semester pertama sesi 2007.
o Selain itu, mahasiswa / mahasiswi juga dapat menikmati yuran pengajian yang lebih rendah
seperti di Jadual 4, memandangkan sebahagian besar yuran adalah ditanggung oleh
Kerajaan.
JADUAL 4
Kerajaan Menanggung Sebahagian Besar Yuran Pengajian
Bagi Seorang Pelajar Di IPTA ...
Nota : Anggaran yuran adalah berdasarkan purata yuran pengajian sesuatu program di IPTA untuk seorang
pelajar bagi sesi akademik 2006/2007
Sumber : Kementerian Pengajian Tinggi

Kesihatan
o Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM8.7 bilion pada tahun 2006 di bawah
perbelanjaan mengurus berbanding kutipan daripada perkhidmatan perubatan, kesihatan
dan pergigian berjumlah RM167.3 juta. Ini bermakna Kerajaan memberi bantuan RM8.5
bilion untuk rakyat menerima rawatan kesihatan Kerajaan. Kerajaan juga telah
membelanjakan RM2.7 bilion di bawah peruntukan pembangunan RMKe-9 untuk
meningkatkan kemudahan kesihatan.
o Malah, ramai tidak sedar bahawa bayaran rawatan kesihatan oleh rakyat adalah kecil
berbanding dengan kualiti perkhidmatan yang diterima. Rawatan kanak-kanak di bawah
satu tahun dan suntikan imunisasi diberikan secara percuma. Begitu juga rawatan kepada
pelajar, golongan kurang upaya, pesara dan anggota perkhidmatan awam serta pasukan
beruniform diberikan secara percuma manakala bagi warganegara yang lain dikenakan
bayaran paling minimum seperti berikut :
JADUAL 5
Kadar Caj Kemudahan Kesihatan Kerajaan Adalah Amat Murah ...
Perumahan
o Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), Kerajaan berhasrat untuk
membina sebanyak 24,757 unit rumah kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah di
bawah Program Perumahan Rakyat (PPR). Sehingga kini, unit rumah yang dibina di bawah
PPR adalah sebanyak 14,351 unit di seluruh negara.
o Dalam tempoh RMKe-9, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah membina
sebanyak 58,245 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah di kawasan bandar dan
subbandar. SPNB juga membina sebanyak 166 unit rumah di Kedah dan 658 unit rumah di
Pulau Pinang untuk penempatan semula mangsa Tsunami.
· Tenaga elektrik
o Kadar sebenar tarif elektrik yang dibekalkan kepada pengguna adalah pada kadar yang
telah disubsidi. Ini kerana gas asli yang dijual oleh PETRONAS untuk penjanaan tenaga
elektrik hanyalah RM6.40 setiap mmbtu berbanding harga pasaran RM40.53 setiap mmbtu.
Ini bererti bagi setiap unit mmbtu gas asli yang dijual, PETRONAS menanggung subsidi
sebanyak RM34.13.
o Dalam menyediakan bekalan tenaga elektrik, Kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan
golongan berpendapatan rendah iaitu dengan mengekalkan kadar tarif elektrik pada kadar
21 sen kilowatt-jam bagi penggunaan tidak melebihi 200 kWj sebulan walaupun pelarasan
tarif elektrik telah dibuat pada Jun 2006. Sebanyak 3.3 juta isi rumah di Semenanjung
mengguna kurang dari 200 kWj sebulan pada masa ini.
o Setelah mengambil kira kadar tarif yang telah disubsidi, jumlah subsidi yang ditanggung
untuk pengguna domestik ialah RM220 juta manakala lampu awam ialah RM90 juta bagi
tahun 2007.
· Orang Asli
o
Dalam tempoh RMKe-9, satu pelan pembangunan yang menyeluruh akan dilaksanakan
bagi menangani kadar kemiskinan yang tinggi di kalangan masyarakat Orang Asli. Untuk itu,
peruntukan sebanyak RM233.1 juta telah disediakan untuk membina rumah golongan
miskin yang berpendapatan kurang daripada RM415 sebulan (termasuk Orang Asli),
termasuk membaik pulih kira-kira 14,000 rumah usang. Selain itu, skim pembangunan tanah
baru dan penempatan semula yang dilaksanakan telah memberi manfaat kepada 84,250
Orang Asli, iaitu kira-kira separuh daripada jumlah penduduk Orang Asli.
Page 16
15
11.
Jadi berapa jumlah subsidi dan bantuan Kerajaan kepada rakyat?
· Jumlah subsidi serta bantuan lain yang ditanggung oleh Kerajaan adalah besar seperti di
Jadual 9.
JADUAL 9
Jumlah Subsidi Dan Bantuan Kepada Rakyat Adalah Besar ...
Nota : * Anggaran PETRONAS
RUMUSAN
· Kerajaan amat prihatin kepada masalah berkaitan kebajikan dan taraf hidup rakyat. Sehubungan
ini, Kerajaan sentiasa berusaha bagi memastikan perbelanjaan hidup rakyat tidak terjejas
berikutan dengan kenaikan harga produk petroleum dan barang-barang perlu di Malaysia.
· Namun begitu, jumlah subsidi dan bantuan kepada rakyat perlu dihadkan pada tahap yang
munasabah agar perbelanjaan Kerajaan dapat dimanfaatkan secara lebih adil dan digunakan
untuk pelbagai tujuan demi kebaikan rakyat secara keseluruhan. Perbelanjaan yang terlalu tinggi
ke atas subsidi akan menjejaskan keperluan untuk perbelanjaan pembangunan ke arah
meningkatkan taraf hidup rakyat dan negara.
· Subsidi dan bantuan lain yang diberikan oleh Kerajaan adalah untuk meringankan beban
kewangan rakyat. Pada masa yang sama, rakyat sendiri perlu memgurus perbelanjaan mereka
dengan bijak selaras dengan kemampuan masing-masing.
Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
11 Februari 2008
www.epu.gov.my



No comments: