Friday, June 6, 2008

Hak Subsidi Minyak Malaysia

Siapakah yang sepatutnya mendapat manfaat subsidi?
· Tujuan Kerajaan memberi subsidi minyak adalah untuk mengurangkan beban golongan
berpendapatan rendah dan sederhana. Sebaliknya, subsidi lebih banyak dinikmati oleh
golongan kaya yang menggunakan kenderaan mewah berbanding dengan golongan sasar
yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan motorsikal.
· Harga runcit produk petroleum dalam negeri jauh lebih rendah berbanding harga runcit di
negara jiran. Ini menggalakkan kegiatan penyeludupan ke luar negara yang bererti rakyat asing
dapat menikmati subsidi tersebut. Dengan kata lain, wang rakyat Malaysia digunakan untuk
faedah rakyat negara jiran dan penyeludup.
· Subsidi produk petroleum hanya diberikan kepada pengguna kenderaan persendirian dan isi
rumah serta sektor tertentu seperti sektor pertanian dan pengangkutan awam termasuk bot
penumpang. Walau bagaimanapun, berlaku penyelewengan penjualan produk petroleum
bersubsidi tersebut kepada sektor perindustrian dan ini menguntungkan pihak tidak sepatutnya
menikmati subsidi berkenaan.
· Jumlah penjualan diesel bersubsidi tidak setimpal dengan jumlah pendaratan ikan seperti di
Carta 8. Ini menunjukkan wujudnya penyelewengan penjualan diesel untuk nelayan kepada
pihak lain.
CARTA 8
Peningkatan Penjualan Diesel Yang Tidak Setimpal
Dengan Jumlah Pendaratan Ikan ...
Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna

No comments: