Friday, June 6, 2008

Penjelasan Kerajaan Malaysia naik Minyak 2008?

Penjelasan Kenaikan Harga Minyak Menurut EPU atau unit perancang ekonomi Malaysia;
Di Ambil daripada ;
www.epu.jpm.my/Penjelasan%20Mengenai%20Subsidi%20Kerajaan.doc%20v6%20_PRINTING_.pdf -

Penjelasan Mengenai Subsidi dan Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat
SUBSIDI PRODUK PETROLEUM

1. Mengapa berlakunya kenaikan harga minyak mentah dunia?
· Harga minyak mentah dunia, berpandukan harga minyak mentah jenis West Texas
Intermediate (WTI), meningkat kerana :
o Permintaan minyak mentah dunia yang tinggi (85.9 juta tong sehari pada tahun 2007),
terutama daripada China dan India, berbanding dengan bekalan (84.9 juta tong sehari) yang
mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah dunia;
o Keadaan geopolitik yang tidak stabil dan tidak menentu di beberapa negara OPEC seperti
Iran dan Iraq yang menjejaskan pengeluaran minyak mentah; dan
o Aktiviti spekulasi pembelian minyak mentah masa hadapan (futures trading).
· Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat tinggi di pasaran dunia.
Harga minyak mentah jenis WTI, telah meningkat daripada purata AS$41.60 setong pada
tahun 2004 kepada AS$72.28 setong pada tahun 2007. (Sila lihat Carta 1). Pada bulan
Disember 2007 harga purata adalah sebanyak AS$91.36 setong dan terus meningkat kepada
AS$92.98 setong pada bulan Januari 2008.
· Harga minyak mentah jenis Tapis (minyak mentah keluaran Malaysia) turut meningkat daripada
purata AS$41.48 setong pada tahun 2004 kepada AS$78.30 pada tahun 2007. Pada bulan
Januari 2008 harga purata terus meningkat kepada AS$96.74 setong.




No comments: