"Allah Tidak mencipta sebarang pnyakit tanpa ada penawarnya, kecuali kematian" Hadis
Segalanya penyakit datangnya daripada Allah dan di benarkan oleh Dia, oleh itu ahli sufi beranggapan bahawa hanya Allah sahaja mampu mengizinkan penawarnya dan membenarkan apa apa bahan atau penyebab sebagai penawar. Ahli Sufi hanyalah berdoa dan menjadi perantara memohon akan kesembuhan penyakit tersebut, selalunya hanya ahli sufi yang bertaraf Guru sahaja akan melalukan permohonan atau doa, dan bukan murid, tetapi setelah penyembuhan datang tidak semestinya tanpa penyebab atau medium samada makanan , daunan atau hanya doa dan penyembuhan nya secara auto, semua mengikut keizinan atau alamat yang di berikan, ada juga ahli sufi yang hanya menyentuh pesakit dan baik dan ada juga yang hanya berdoa dan penyakit sembuh,semuanya menurut kepada keizinan dan gerak (petunjuk)ilahi.
Terdapat juga aliran sufi yang berpendapat penyakit badaniah di sebabkan oleh ketidak seimbangan tenaga atau daya nafsu di antara jasad, badan dan ruh dan juga kesan daripada unsur luaran atau tenaga ghaib atau gangguan kerohanian. Sekiranya minda kacau atau tiada ketenangan dan keadaan kusut atau jiwa kacau ini akan menggangu keadaan asal jasad, seperti aliran darah, ketegangan saraf dan juga fungsi jasad seperti perutdan sebagainya. justru itu ahli sufi menitik beratkan zikir yang bole mententeramkan rohani yang akan mengembalikan jasad kepada keadaan sujud atau patuh kepada ilahi. Bilamana jiwa tenag(sakinah damai) maka jasad akan berada pada keadaan neutral dan stabil yang akan berada dalam keadaan sihat dalaman dan luaran.
Keseimbangan jiwa, ruhani dan jasad juga berangkai dengan pemakanan yang di ambil oleh seseorang itu, makanan perlulah semuanya halal, suci dan bersih dan juga tidak di syorkan makanan yang berempah, panas dan pengambilan daging kerna mengikut setengah aliran sufi pemakanan juga ada perhubungan dengan keadaan nafsu manusia tersebut, seperti nafsu amarah yang biasanya menjadi lebih kuat sekiranya makanan panas dan juga berunsur haiwan banyak diambil oleh seseorang itu.
Justru itu aliran sufi ini akan juga menjadualkan kepada murid tarekat akan pemakan yang seimbang untuk pembinaan dan thaf pengenalan kepada nafsu itu sendiri, Hampir semua aliran sufi ingin mengekang nafsu amarah dan nafsu kebinatangan yang biasanya ada dan wujud di dalam masyarakat awam.
No comments:
Post a Comment