O Sufi Tinggalkan Dunia ini kepada penghuni Dunia dan Akhirat kepada Penghuni Akhirat. Serahkan tangan pengabdian kepada Tuhan dan letakkan Cinta Nya, yang merupakan campuran (rahmat berkekalan, di dalam khazanah Hati Mu, lemparkan segala yang selain daripada Tuhan ke dalam jantung kehancuran.
O Sufi!
Amati kehendak Persahabatan dan janganlah sesekali lupa kebaikan manusia terhadap kamu. Mengambil kesempatan di atas layanan- iaitu menghadiri rumah seseorang, makan makanannya, selepas itu mengkritik nya-adalah amalan rendah dan individu yang mementingkan diri sendiri.
Sekiranya anda berhadapan dengan individu seperti ini yang mengaku Sufi, sedarlah bahawa dianya tidak mengetahui apa apa berkenaan Sufism dan tidak pun mengambil selangkag di jalan pengasih dan kemurah budi pekerti.
O Sufi!
Asas Sufism adalah pengamatan etika, dan etika Sufism berada di dalam ketidak adaan (tiada wujud). oleh itu adalah tidak sopan dan kedirian (menurut diri) untuk bercakap banyak, seperti juga tidak beradab untuk merenung ahli yang telah kehadapan di dalam Jalan ini, kerana semua ini menampakan Kewujudan.
O Sufi!
Jadilah penyayang terhadap semua makhluk Tuhan dan hargailah sebarang kebaikan yang mereka tunjukkan kepada anda. Pada masa yang sama lepas pandanglah kekurangan mereka, dengan cara ini anda akan menikmati syurga kerohanian di Dunia ini.
O Sufi!
Gangguan kepada sebarang aspek Penciptaan Tuhan hanya akan menggangu kesihatan jiwa dan psikologi. Kerna itu lah pengganas sentiasa kalah, walau apa pun sebabnya. Ambil penjagaan, supaya jangan menggangu yang lain.
O Sufi!
Melayan Makhluk Tuhan adalah melayan Tuhan. Sekiranya anda mencintai Tuhan, jadi layanlah Makhluk Nya.Waspada di dalam Jalan ini membuat seseorang itu gembira atau bahagia adalah seribu kali lebih baik daripada meletakan diri, siang dan malam di dalam sembahyang dan doa.
O Sufi!
Sufism bukanlah berdasarkan pakaian yang di kenakan. Seseorang Sufi perlu berpakaian yang tidak menraik perhatian kepada Dirinya, kerana insan Tuhan menetap di makam hati, bukan di dunia material. Daripada mengambil berat dengan aspek luaran, berusaha lah di dalam cinta Ketuhanan untuk menyucikan hati daripada semua selain yang DI Cintai.
O Sufi!
Di mana ada perbicaraan "AKU dan Awak dan kuasa karomah, Sufism tidak wujud. Di mana keinginan dan kewujudan diri di experasikan, Yang Nyata tidak wujud. Kriteria menjadi Sufi adalah tiada kepentingan diri. Lebih banyak ketidak pentingkan diri anda, lebih Sufi lah anda.
No comments:
Post a Comment