Showing posts with label Syariah-pelbagai. Show all posts
Showing posts with label Syariah-pelbagai. Show all posts

Wednesday, August 6, 2008

Syariah Lain Lain Hal

PENYUBAHATAN DAN PERCUBAAN
43. Seseorang menyubahati pelakuan sesuatu perkara jika
dia—
(a) menghasut mana-mana orang supaya melakukan
perkara itu;
(b) mengambil bahagian bersama dengan seorang
atau lebih daripada seorang lain dalam apa-apa
pakatan jahat untuk melakukan perkara itu, jika
sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang
menyalahi undang-undang berlaku ekoran
daripada pakatan jahat itu, dan dengan tujuan
hendak melakukan perkara itu; atau
(c) dengan sengaja membantu, dengan apa-apa
perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi
undang-undang, pelakuan perkara itu.
Huraian 1—Seseorang yang, dengan penyataan salah sengaja,
atau penyembunyian sengaja suatu fakta material yang dia terikat
mendedahkannya, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan,
atau cuba untuk menyebabkan atau mendapatkan, supaya sesuatu
perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu
dilakukan.
Qazaf
Penyalahgunaan
tanda
halal.
Penyubahatan.
22 Rang Undang-Undang
Huraian 2—Mana-mana orang, sama ada sebelum atau pada masa
pelakuan sesuatu perbuatan, melakukan apa-apa jua dengan tujuan
memudahkart pelakuan perbuatan itu, dan dengan itu memudahkan
pelakuan itu. adalah dikatakan membantu dalam melakukan perbuatan
itu.
44. Seseorang adalah menyubahati sesuatu kesalahan
mengikut pengertian Akta ini jika di dalam Wilayah
Persekutuan dia menyubahati pelakuan suatu perbuatan
di luar Wilayah Persekutuan yang akan menjadi suatu
kesalahan sekiranya dilakukan di Wilayah Persekutuan.
45. Mana-mana orang yang menyubahati apa-apa
kesalahan hendaklah, jika perbuatan yang disubahati itu
dilakukan menurut penyubahatan itu, dihukum dengan
hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
46. Jika sesuatu perbuatan disubahati dan suatu perbuatan
yang berlainan dilakukan, penyubahat itu bertanggungan
bagi perbuatan yang dilakukan mengikut cara yang sama
dan sehingga takat yang sama seolah-olah dia telah
menyubahati perbuatan yang dilakukan jika perbuatan
yang dilakukan—
(a) adalah akibat barangkali daripada penyubahatan
itu; dan
(b) telah dilakukan dengan pegaruh hasutan itu, atau
dengan bantuan atau kerana menurut pakatan
jahat yang mewujudkan penyubahatan itu.
47. (1) Mana-mana orang yang Cuba—
(a) melakukan sesuatu kesalahan yang boleh
dihukum di bawah Akta ini atau di bawah manamana
undang-undang bertulis lain yang
berhubungan dengan Hukum Syarak; atau
(b) menyebabkan kesalahan itu dilakukan,
dan dalam percubaan itu melakukan apa-apa perbuatan
ke arah pelakuan kesalahan itu hendaklah, jika tiada
peruntukan nyata dibuat oleh Akta ini atau undang-undang
bertulis lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,
bagi hukuman percubaan itu, dihukum dengan apa-apa
hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Menyubahati
di dalam
Wilayah
Persekutuan
kesalahan di
luar Wilayah
Persekutuan.
Hukuman
bagi
penyubahatan.
Tanggungan
penyubahat
jika
perbuatan
yang
berlainan
dilakukan
Percubaan.
Kesalahan Jenayah Syariah 23
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
(2) Apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan
sebagai hukuman bagi suatu percubaan untuk melakukan
suatu kesalahan atau untuk menyebabkan suatu kesalahan
dilakukan tidak boleh melebihi satu perdua daripada
tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukkan bagi
kesalahan itu.
BAHAGIAN VII
KECUALIAN AM
48. Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang
dilakukan oleh seorang Hakim apabila bertindak secara
kehakiman pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan
kepadanya, atau yang dia dengan suci hati percaya telah
diberikan kepadanya, oleh undang-undang.
49. Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang
dilakukan menurut, atau yang diwajarkan oleh,
penghakiman atau perintah Mahkamah, jika dilakukan
semasa penghakiman atau perintah itu masih berkuatkuasa,
walaupun Mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa
untuk membuat penghakiman atau perintah itu jika orang
yang melakukan perbuatan itu percaya dengan suci hati
bahawa Mahkamah itu mempunyai bidang kuasa untuk
membuat penghakiman atau perintah itu.
50. Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang
dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di
sisi undang-undang, atau yang oleh sebab kesilapan fakta
dan bukan kesilapan undang-undang dengan suci hati
percaya bahawa dia mempunyai justifikasi di sisi undangundang
untuk melakukan yang demikian.
51. Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang
dilakukan oleh kanak-kanak yang belum baligh.
52. (1) Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang
dilakukan oleh seseorang yang pada masa melakukan
perbuatan itu, oleh sebab ketaksempurnaan akalnya, tak
Perbuatan
Hakim
apabila
bertindak
secara
kehakiman.
Perbuatan
yang
dilakukan
menurut
penghakiman
atau perintah
Mahkamah.
Perbuatan
yang
dilakukan
oleh
seseorang
yang
mempunyai
justifikasi di
sisi undangundang.
Perbuatan
kanak-kanak
yang belum
baligh.
Perbuatan
seseorang yang
tak sempurna
akal
24 Rang Undang-Undang
berupaya mengetahui sifat sebenar perbuatan itu, atau
bahawa apa yang dilakukannya adalah salah dan
berlawanan dengan undang-undang.
(2) Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang berada
dalam keadaan mabuk pada masa perbuatan atau
ketinggalan yang diadukan itu dan—
(a) keadaan mabuk itu adalah sedemikian rupa
sehingga dia tidak tahu bahawa perbuatan atau
ketinggalan itu adalah salah atau dia tidak tahu
apa yang dilakukannya; dan
(b) keadaan mabuk itu telah terjadi tanpa
persetujuannya dan akibat perbuatan niat jahat
atau kecuaian seorang yang lain,
maka dia hendaklah disifatkan sebagai orang yang tak
sempurna akal.
(3) Dalam seksyen ini, "mabuk" hendaklah disifatkan
termasuk keadaan yang dihasilkan oleh dadah.
53. (1) Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang
dilakukan oleh seseorang yang terpaksa melakukannya
oleh sebab ugutan yang sedemikian sifatnya sehingga
menyebabkan orang itu semunasabahnya percaya, pada
masa dia melakukan perbuatan itu, bahawa jika dia tidak
melakukannya dia akan mati pada masa itu juga.
(2) Kecualian di bawah subseksyen (1) tidaklah terpakai
jika orang yang melakukan perbuatan itu telah meletakkan
dirinya, dengan kerelaannya sendiri, dalam keadaan yang
menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu,
BAHAGIAN VIII
PERKARA AM
54. Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,
menetapkan mana-mana tempat atau institusi, menjadi
pusat pemulihan diluluskan atau rumah diluluskan bagi
maksud Akta ini.
Perbuatan
orang yang
terpaksa oleh
sebab ugutan.
Penetapan
pusat
pemulihan
atau rumah
diluluskan
Kesalahan Jenayah Syariah 25
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
55. (1) Jika Mahkamah telah mensabitkan mana-mana
orang atas suatu kesalahan di bawah Bahagian II atau di
bawah seksyen 7, 8, 9 atau 31, Mahkamah itu boleh,
sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan bagi apaapa
hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu,
memerintahkan mana-mana orang sedemikian dikomitkan
ke pusat pemulihan diluluskan untuk menjalani apa-apa
kaunseling atau pemulihan selama apa-apa tempoh yang
tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan
dalam perintah itu; tetapi jika apa-apa hukuman
pemenjaraan dikenakan sekali dengan kaunseling atau
pemulihan, tempohnya tidaklah boleh melebihi agregat
tiga tahun.
56. Jika Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang
perempuan atas suatu kesalahan di bawah Bahagian IV,
Mahkamah itu boleh, sebagai ganti atau sebagai tambahan
bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan
itu, memerintahkan orang perempuan sedemikian
dikomitkan ke suatu rumah diluluskan selama apa-apa
tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana
yang dinyatakan dalam perintah itu; tetapi jika apa-apa
tempoh pemenjaraan dikenakan sekali dengan komital
itu, tempohnya tidaklah boleh melebihi agregat tiga tahun.
57. (1) Bahagian IX Enakmen, selain daripada seksyen
164 dan 165, hendaklah terhenti terpakai bagi Wilayah
Persekutuan dan setakat itu hendaklah disifatkan telah
dimansuhkan.
(2) Walaupun Bahagian IX Enakmen dimansuhkan
("Bahagian termansuh") segala prosiding di bawah
Bahagian termansuh itu, termasuk apa-apa rayuan daripada
mana-mana Mahkamah di bawah Bahagian termansuh
itu, hendaklah diteruskan seolah-olah Akta ini tidak
diluluskan.
58. Seksyen 164 Enakmen dalam pemakaiannya bagi
Wilayah Persekutuan adalah dipinda dengan menggantikan
perkataan "34 of this Enactment" dengan perkataan "28
of the Administration of Islamic Law (Federal Territories)
Act 1993".
Kuasa
Mahkamah
untuk
mengkomitkan
orang yang
disabitkan ke
pusat
pemulihan
diluluskan.
Kuasa
Mahkamah
untuk
mengkomitkan
pesalah
perempuan
ke rumah
diluluskan.
Pemansuhan.
Pindaan
seksyen 164
Enakmen.
26 Rang Undang-Undang
JADUAL
(Subseksyen 2(3))
TULISAN DALAM BAHASA ARAB BAGI
PERKATAAN DAN UNGKAPAN TERTENTU
'aqidah —
baligh —
Hadith —
iqrar —
Iran —
mahram —
musahaqah —
qamariah —
qazaf —
takfir —
zina —
HURAIAN
Rang Undang-Undang ini bertujuan mengadakan peruntukan bagi
kesalahan-kesalahan terhadap rukun agama Islam oleh orang yang
menganut agama Islam di Wilayah Persekutuan. Beberapa kesalahan
yang dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang ini diperuntukkan
sekarang dalam Bahagian IX Enakmen Pentadbiran Hukum Syara'
1952 bagi Negeri Selangor sebagaimana yang diubahsuaikan dan
diperluas ke Wilayah Persekutuan (kemudian daripada ini disebut
"Enakmen 1952"). Walau bagaimanapun, peruntukan-peruntukan itu
telah disemak dan diperbaiki, termasuklah dengan mengenakan penalti
yang lebih berat untuk mencerminkan keseriusan kesalahan-kesalahan
itu.
2. Bahagian I memperkatakan perkara-perkara permulaan. Subfasal
1(2) memperuntukkan secara jelas bahawa Akta yang dicadangkan
oleh Rang Undang-Undang ini terpakai bagi orang yang menganut
agama Islam sahaja.
Kesalahan Jenayah Syariah 27
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
3. Bahagian II mengandungi kesalahan-kesalahan berhubungan
dengan 'aqidah. Fasal 3 menjadikan kesalahan bagi mana-mana
orang memuja alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan
yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana
orang, binatang, tempat atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi
Hukum Syarak. Fasal 4 merupakan kesalahan mengenai ajaran dan
amalan menyeleweng. Kesalahan lain yang diperuntukkan di bawah
Bahagian ini ialah kesalahan mengembangkan doktrin agama selain
daripada agama Islam di kalangan orang beragama Islam (fasal 5)
dan kesalahan mengisytiharkan diri sendiri atau orang lain sebagai
rasul atau nabi, Imam Mahadi atau wali (Fasal 6).
4. Bahagian III mengandungi kesalahan-kesalahan berhubungan
dengan kesucian agama Islam. Antara kesalahan yang diperuntukkan
di bawah Bahagian ini dan yang tidak diperuntukkan di bawah Enakmen
1952 ialah kesalahan menghina atau menyebabkan dipandang hina
agama Islam (fasal 7), kesalahan mengingkari perintah Mahkamah
(fasal 10) dan kesalahan berjudi (fasal 18). Kesalahan-kesalahan
yang diperuntukkan dalam Enakmen 1952 dan yang peruntukan
mengenainya telah diperbaiki ialah kesalahan mempersendakan ayat
Quran atau Hadith (fasal 8), kesalahan bertindak dengan menghina
atau mengingkari pihak berkuasa agama (fasal 9), kesalahan mengajar
agama tanpa tauliah (fasal 11), kesalahan memberikan, mengembangkan
atau menyebarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa (fasal
12), kesalahan mencetak, mengeluarkan, dsb. penerbitan agama yang
bertentangan dengan Hukum Syarak (fasal 13), kesalahan tidak
menunaikan sembahyang Jumaat (fasal 14), kesalahan tidak
menghormati Ramadhan (fasal 15), kesalahan tidak membayar zakat
atau fitrah (fasal 16), kesalahan menghasut supaya mengabaikan
kewajipan agama (fasal 17) dan kesalahan meminum minuman yang
memabukkan (fasal 19).
5. Bahagian IV mengandungi kesalahan-kesalahan berhubungan
dengan kesusilaan. Selain daripada kesalahan persetubuhan luar nikah
(fasal 23) dan khalwat (fasal 27), semua kesalahan yang lain di
bawah Bahagian ini tidak diperuntukkan di bawah Enakrnen 1952.
Kesalahan itu ialah kesalahan sumbang mahram (fasal 20), kesalahan
melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan
luar nikah (fasal 24), kesalahan liwat (fasal 25), kesalahan musahaqah
(fasal 26), kesalahan orang lelaki berlagak sebagai orang perempuan
(fasal 28) dan kesalahan bertindak atau berkelakuan tidak sopan di
tempat awam (fasal 29).
6. Bahagian V mengandungi kesalahan-kesalahan pelbagai.
Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan ialah kesalahan memberikan
keterangan, maklumat atau pernyataan palsu untuk digunakan dalam
prosiding kehakiman (fasal 30), kesalahan menganggap orang Islam
28 Rang Undang-Undang
sebagai bukan Islam (fasal 31), kesalahan memusnahkan atau
mencemarkan masjid, dsb. (fasal 32), kesalahan menggalakkan maksiat
(fasal 35), kesalahan memujuk lari perempuan bersuami (fasal 36),
kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup
sebagai suami isteri (fasal 37), kesalahan menggalakkan perceraian
atau pengabaian tanggungjawab (fasal 38), kesalahan memujuk lari
orang perempuan (fasal 39), kesalahan menjual atau memberikan
kanak-kanak kepada orang bukan Islam (fasal 40), kesalahan qazaf
(fasal 41) dan kesalahan menyalahgunakan tanda halal (fasal 42).
Kesalahan memungut zakat atau fitrah tanpa kuasa (fasal 33) dan
membayar zakat atau fitrah secara tak sah (fasal 34) merupakan
peruntukan yang sedia ada dalam Enakmen 1952.
7. Bahagian VI mengandungi peruntukan mengenai penyubahatan
dan percubaan dan peruntukan ini adalah lebih terperinci daripada
peruntukan dalam Enakmen 1952.
8. Bahagian VII mengandungi kecualian am. Antara kecualian am
bagi kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Akta yang
dicadangkan ialah perbuatan Hakim apabila bertindak secara kehakiman
(fasal 48), perbuatan yang dilakukan menurut penghakiman atau
perintah Mahkamah (fasal 49), perbuatan yang dilakukan oleh orang
yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang (fasal 50), perbuatan
kanak-kanak yang belum baligh (fasal 51), perbuatan orang yang tak
sempurna akal (fasal 52) dan perbuatan orang yang terpaksa oleh
sebab ugutan (fasal 53).
9. Bahagian VIII mengandungi perkara-perkara am. Fasal 54
memberi Majlis kuasa untuk menetapkan pusat pemulihan atau rumah
diluluskan. Fasal 55 dan 56 memberi Mahkamah kuasa untuk
mengkomitkan orang yang disabitkan atas kesalahan tertentu ke
pusat pemulihan diluluskan atau rumah diluluskan. Fasal 57
mengadakan peruntukan bagi pemberhentian pemakaian Bahagian
IX kecuali seksyen 164 dan 165, Enakmen 1952 bagi Wilayah
Persekutuan. Fasal 58 bertujuan mengubahsuaikan peruntukan seksyen
164 Enakmen 1952 dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan.
IMPLIKASI KEWANGAN
Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam
apa-apa perbelanjaan wang tambahan. [PN.(U2) 1800.]

Pelbagai Kesalahan Syariah

KESALAHAN PELBAGAI
30. (1) Mana-mana orang yang memberikan keterangan
palsu atau memalsukan keterangan bagi maksud ia
digunakan dalam apa-apa peringkat dalam sesuatu
presiding kehakiman di Mahkamah adalah malakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai
sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah
dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana
undang-undang bertulis yang lain berhubungan dengan
agama Islam, memberikan apa-apa maklumat berhubungan
dengan kesalahan itu yang diketahuinya atau dipercayainya
sebagai palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya.
Orang lelaki
berlagak
seperti
perempuan.
Perbuatan
tidak sopan
di tempat
awam.
Memberikan
keterangan,
maklumat
atau
pernyataan
palsu.
18 Rang Undang-Undang
31. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana
orang yang mengatakan atau menohmahkan dengan
perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis, atau dengan
isyarat atau gambaran tampak, atau dengan apa-apa
perbuatan, aktiviti atau pelakuan, atau dengan
menganjurkan, menaja atau membuat perkiraan bagi apaapa
aktiviti atau selainnya dengan apa-apa cara, bahawa
mana-mana orang yang menganut agama Islam atau orang
yang tergolong dalam apa-apa kumpulan, golongan atau
perihalan orang yang menganut agama Islam—
(a) adalah kafir;
(b) tidak lagi menganut agama Islam;
(c) tidak sepatutnya diterima, atau tidak boleh
diterima, sebagai menganuti agama Islam; atau
(d) tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau
tergolong dalam, agama Islam,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya.
(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—
(a) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana
Mahkamah atau pihak berkuasa agama yang
ditubuhkan, dibentuk atau dilantik oleh atau di
bawah mana-mana undang-undang bertulis dan
yang diberikan kuasa untuk membuat atau
mengeluarkan apa-apa keputusan mengenai apaapa
perkara yang berhubungan dengan agama
Islam; dan
(b) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana
orang menurut atau mengikut apa-apa keputusan
yang dibuat atau dikeluarkan oleh Mahkamah
atau pihak berkuasa sedemikian, sama ada atau
tidak keputusan itu adalah secara bertulis atau,
jika bertulis, sama ada atau tidak ia disiarkan
dalam Warta.
Takfir
Kesalahan Jenayah Syariah 19
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
32. Mana-raana orang yang memusnahkan, merosakkan
atau mencemarkan mana-mana masjid atau surau atau
tempat beribadat lain atau apa-apa kelengkapannya dengan
niat menghina atau mempersendakan agama Islam adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya.
33. Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah
atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dia
dilantik sebagai amil atau selainnya diberikuasa oleh Majlis
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah
memerintahkan supaya pungutan itu dirampas dan dibayar
ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah
seksyen 60 Akta Pentadbiran.
34. Mana-mana orang yang membayar atau menyebabkan
supaya dibayar zakat atau fitrah kepada mana-mana orang
yang tidak diberikuasa secara sah untuk memungut zakat
atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.
35. Mana-mana orang yang menganjurkan, mendorong
atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa
maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya.
36. Mana-mana orang yang memujuk lari seorang
perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau
dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya
meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh
suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
Memusnahkan
atau
mencemarkan
masjid.
surau, dsb.
Pemungutan
zakat atau
fitrah tanpa
kuasa.
Pembayaran
tak sah akan
zakat atau
fitrah.
Menggalakkan
maksiat.
Memujuk lari
perempuan
bersuami.
20 Rang Undang-Undang
atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan
perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.
37. Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan
yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri
yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan
Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya
hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah
dengan sah.
38. Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau
memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan
supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan
tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya.
39. Mana-mana orang yang memujuk lari atau mendorong
atau memujuk mana-mana orang perempuan supaya lari
daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya,
dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah
yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan orang
perempuan itu.
40. Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau
menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah
peliharaannya kepada mana-mana orang yang tidak
beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh
membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai
berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.
Menghalang
pasangan
yang sudah
bernikah
daripada
hidup sebagai
suami isteri
Menghasut
suami atau
isteri supaya
bercerai atau
mengabaikan
kewajipan
Memujuk lari
orang
perempuan.
Menjual atau
memberikan
anak kepada
orang bukan
Islam
Kesalahan Jenayah Syariah 21
(Wilayah-Wilayah Persekuluan)
41. Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang
menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan,
mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau
iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
42. Mana-mana orang yang mempamerkan pada atau
berkenaan dengan mana-mana makanan atau minuman
yang tidak halal, apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa
makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-d