Monday, March 10, 2008

MELAYU MERDEKA ATAU MELAYU BERHUTANG?

Tika ini Malaysia telah menyambut 50 tahun merdeka, tetapi adakah kemerdekaan ini mencerminkan kemerdekaan bangsa? Tentu tidak bukan, Kemerdekaan pada peringkat Nasional mungkin, tetapi kemerdekaan pada peringkat individual mungkin tiada. Melayu di belenggu dengan hutang dan juga krisis kewangan. Kenaikan harga barang dan juga harga bahan api semakin menekan dan terasa. Boleh di bilang dengan jari Melayu yang benar benar merdeka atau financially free. Mungkin kelompok Multi Level atau skim kaya cepat menyangkal dakwaan ini, mereka mungkin mengatakan bahawa ramai jutawan Melayu yang telah menjadi kaya melalui skim network marketing mereka. Sinis bukan jika kita mengatakan di sebalik tabir rahsia multi level mereka sebenarnya pembahagian kekayaan mereka tidak sama atau adalah lebih bersifat elusi. Manakan tidak setiap skim menjanjikan pulangan tetapi di bawah tetap di bawah, di atas semakin kaya dengan pukauan kereta besar mereka dan kebanggaan kekayaan mereka. Saya selalu menyindir rakan MLM saya, jomlah kita berniaga mancis api yang di jual pada RM 1.00 maka kita berkongsi hanya 30 sen atau 30 peratus, diantara kita yang menggunakan mancis api. Keahlian pula hanya Seringgit dan kita kongsi tiga dua orang.
Perumpamaan ini mengecohkan dan membawa kepada pelbagai tanggapan. Saya bertemu dengan seorang cina multilevel pendapatan beliau menjangkau jutaan ringgit sebulan, konsep beliau hanyalah satu pertiga daripada apa apa barangan, saya pun boleh menjual apa apa barang kepada skim beliau.

Cerita ini boleh di panjangkan, tetapi cukuplah sampai di sini.Jadi kemerdekaan apakah yang bangsa Melayu perolehi selepas 50 tahun merdeka melainkan sistem kapitalis dan berhutang yang menyebabkan permasaalan kewangan yang berpanjangan. Sekiranya anda tidak berkerja atau sakit maka anda perlulah mempunyai insuran atau juga sumber kewangan yang lain untuk menampung kehidupan anda. Berapakah saving atau simpanan rezab Melayu? Fikirkanlah.

Menyentuh isu hutang atau kemerdekaan ini terpanggil untuk saya mencoret tajuk di bawah sebagai prakata buku ”The Lost Nation Of Islam- Individual to Statehood”, Ismail Mf,

No comments: