Wednesday, March 12, 2008

DAP DEB PULAU PINANG NASIB MELAYU PULAU PINANG

Tiada lagi DEB di Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata"Beliau menjawab: “Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.“Saya tidak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.”-utusan malaysia march 12 2008-Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, DAP boleh berbuat apa sahaja kerana langkah itu adalah hak kerajaan negeri pimpinan DAP yang turut mendapat sokongan orang Melayu dalam parti pembangkang Pas dan PKR.‘‘Kita tidak boleh salahkan kerajaan baru itu (DAP) kerana itu hak mereka yang tidak melibatkan Kerajaan Persekutuan tetapi saya menyalahkan orang Melayu dalam Pas dan PKR.‘‘Mereka mengkhianati perjuangan dan semangat DEB yang selama ini bertujuan membangunkan bukan sahaja orang Melayu, tetapi semua rakyat Malaysia.‘‘Mereka kena jawab dengan orang Melayu lain,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Mohamed Nazri diminta mengulas mengenai dasar DAP untuk Pulau Pinang yang diumumkan selepas Ketua Menterinya yang baru, Lim Guan Eng mengangkat sumpah hari ini.
PETALING JAYA 11 Mac – Ketua Wanita MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, UMNO mesti bangkit menghadapi kenyataan bahawa orang Melayu kini sudah mula menyokong DAP, sebuah parti yang sebelum ini diketepikan mereka, sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu lepas.
Beliau berkata, kaum Melayu, di sebalik mendapat faedah daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN), telah memberi sokongan kepada pembangkang termasuk DAP pada pilihan raya umum seperti yang dilihat dalam banyak kerusi yang dimenangi parti pembangkang.
Apakah nasib melayu selepas pilihanraya 08, DEB di tendang ketepi dengan mudahnya tanpa mengambil kira risiko suara Melayu, mungkin kita sudah ade wakil melayu di pihak pembangkang tetapi adakah mereka berbuat apa apa? "Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama." itu lah kata kata DAP, nasib semua bangsa adalah sama sama, benarkah nasib melayu sama? kita di rampas oleh penjajah hala tuju sejarah kita, kita menurut dan berkompromi dengan penjajah untuk kemerdekaan, kita memberikan sebuah negara kepada singapura, dan dengan itu golongan pendatang telah menjadi salah sebuah ekonomi yang kuat di dunia ini? Singapura dan penang mungkin adalah cerita yang sama, Salah siapa? nasib kita adalah sama? tiada lagi beza antara pendatang dan penghuni asal? Kesalahan kepada bangsa melayu sendiri yang gagal di dalam pelaksanaan deb dan juga jurang pemikiran dan pelbagai faktor lagi, yang miskin akan tetap miskin,semua bandar di Malaysia adalah bandar cina atau china town! ya nasib kita adalah sama, setiap perbelanjaan runcit, fesyen dan elektronik mengkayakan bangsa pendatang dan trades group, adakah ini adil? ketika kita tidak pernah belajar berniaga, mereka telah berniaga dan berdagang, ketika kita baru menghantar anak kita ke pengajian tinggi merea telah berdagang ke perinkat multinasioanal, ketika ayah kita baru membeli kereta, mereka telah menjadi ejen kereta. raja gula, raja judi dan raja komunikasi, ya daripada monopoli motor kapcai dan juga gula dan juga pelbagai lagi barang keperluan, nasib kita masih sama.
Itu mungkin secara kasar atau sinis lemparan balik yang boleh kita lemparkan kepada kenyataan tersebut tetapi, gagalnya melayau kerana salah langkah dan perancangan selama kita masih berkuasa dan timbulnya aliran perubahan pengundi.

No comments: