Silat, Fu Kung atau Kung Fu dan Samurai, semua ini adalah sinonim dengan zaman feudal masyarakat asia, Cina dengan Fu Kung mereka atau Kung Fu mereka dan Samurai dengan budaya panglima kepada shogunate atau warlord mereka maupun zaman maharaja jepun.
Adakah Silat masih lagi bertahan, adakah pendekar lagi di zaman ini? atau adakah mertabat silat telah kembali ke zaman indoor atau dojo , diajar di dalam kelas, tanpa memertabatkan lagi keagungan zaman Hang Tuah, Panglima Hitam dan juga Tok Janggut atau mat Kilau?
Silat hanya mampu meraih 7,865 carian pada bulan March 2007, berbanding dengan kung fu atau fu kung, 116,000 mungkin jumlah ini tidak lah seberapa dibandingkan dengan jumlah penduduk cina! Silat masih lagi relevan dan dicari.
Kung fu atau fu kung
Kung fu (Chinese: 功夫 pinyin: Gōngfu) masih lagi menjadi lagenda dan banyak filem hebat hebat disajikan kepada pentas cina. Apa yang menakjubkan lagenda fu kung atau kung fu dengan Bruce lee and kemudianya di ganti oleh Jet lee, hampir semua nya memaparkan aksi hebat dan mampu menarik minat dunia, Di Pentas Melayu, suatu ketika dahulu, Hang Tuah masyhur di nusantara, dan kehebatan menjangkau hingga ke jajahan Jawa dan majapahit, dan dengarnya nama nya sampai ke cina.
Kini Hang Tuah Melayu hanya di layar Perak atau pun jagoan menjaga kelab malam? kemanakah perginya kehebatan nya atau semuanya hanya mampu bermimpi disiang hari, dengan kekebalan, sihir, khadam dan ilusi ilmu?
Samarai menjangkau 178,000, afro samurai 117,000, afro samurai mungkin adalh sinonim dengan remaja Afican American yang inginkan idola samurai mereka sendiri?
Kung fu atau fu kung pernah berdepan dengan revolusi boxer dan juga Samurai dengan pemberontakan mereka untuk tidak meletakkan pedang mereka ketika zaman peralihan.
Ribuan maupun ratusan samurai ini membunuh diri dan melakukan hara kiri dan ada yang mencetuskan legasi seperti samurai x, the last samurai, dan ronin, Lagenda seni bela diri fu kung dan kung fu pula melalui detik detik peralihan dengan berlawan araus dan bangkitnya hero di kalangan mereka yang mengandalkan keuatan physikal.
Dunia silat melayu dan alam mistik adalah sinonim, tetapi selama 400 tahun, kemanakah hero melayu selain segelintir yang menentang penjajah? Adakah hang tuah akan membina modal insan dan berjalan di celah celah kutu malam dan lorong mati menyelamatkan gadis melayu yang di noddai dan di pelacuri?
ataukah modal insan zaman pendekar telah lenyat hilang di zaman dan tinggal di hanya di layar perak ketika , bab pertama, di mana di dalam ceritera puteri gunung ledang , hang tuah menpertahankan maruah seorang gadis?
"Tidak akan hilang melayu di duni kata hang tuah"
"tidak akan hilang melayu dan silat di key kan ke search engine abad 21st"
tetapi adakah jiwa silat itu masih ujud?
No comments:
Post a Comment