
Buat ketika ini antara puisi cinta yang telah menambat hati masyarakat barat dan juga seantero dunia adalah sajak dan puis cinta Mawlana Jalaluddin Rumi, Rumi sebaris dengan puisi cinta Hafez dari Shiraz, keindahan bahasa beliau adalah terlau indah sehingga ada yang menggelar Puisi Cinta Wali Allah Rumi sebagai Quran Kedua, Betapa indah bahasa dan Puisi Cinta Mawlana Rumi sehingga tiada tandingan.
Puisi Cinta Rumi mengamit hati yang lara. Sehingga ada yang berkata bahawa puisi cinta Rumi mampu dan boleh di fahami oleh unggas dan binatang.
" Dengarlah nada dan kelohan suara cinta, sejak mula bernafas dan sejak mula terbuka, Daripada tempat tiduran yang berlumpur, suatu nada dan rasa, inilah api cinta yang telah membakar ku, Inilah arak cinta yang telah mengilhamkan ku, Sekiranya engkau mengetahui bagaimana cinta berdarah, dengar lah , dengarlah nada dedaunan'
" Mati sekarang, Mati sekarang, di dalam cinta ini , di dalam kematian cinta ini, engkau akan menerima kehidupan baru.
" Mati sekarang, mati sekarang, dan bebaskan diri mu daripada jia bernafsu mu. kerna ianya adalah rantai dan engkau adalah tahanannya"
"Mati sekarang mati sekarang, matilah sekarang di depan Raja yang memiliki kerajaan (Allah S.W.T), Bilamana anda mati di depan dan untuk Raja ini, Engkau akan menjadi raja kepada semua keajaan dan di kenali"
Puisi cinta ketuhanan adalah antara Puisi Teragung!
Kerna Cinta kepada Tuhan berkekalan, Cinta kepada makhluk hanya sebentar!
Walau bagaimanapun bagi yang sedang bercinta dengan makhluk, rasailah kehangatan, keindahan cinta mu itu untuk tika ini, dan belajarlah daripada rasa yang di rasai bahawa, bahangnya, laranya, dan mabuknya dirimu itu hanyalah setitik daripada lautan cinta yang akan di anugerahkan Yang Maha Esa kepada mu sekiranya engaku mencintainya.
Sebagai manusia , kita tidak dapat lari daripada keadaan lumrah, cinta dan di cintai
No comments:
Post a Comment