Monday, April 28, 2014

Jalan Sebenar Islam- The Micro Islamic Teaching


ISLAM YANG INDAH-----RASA TAUHID--- 
Alangkah indahnya Islam itu bilamana manusia itu menyedari bahawa Ketuhanan itu hanya mahukan yang indah dan lembut dan nikmat kepada hambanya. Keindahan Ilahi adalah di dalam rasa’. Hanya rasa indah, nikmat, manis, panas, pahit maung kesedihan kepenatan dan rasa pelbagai yang semuanya pada hakikinya adalah indah. Rasa’ semuanya adalah nikmat pada yang sebenarnya memahami dan mampu menjiwainya. Tauhid adalah juga penyatuan RASA. Semua hidup atau yang hidup merasa’ setiap detik rasa hadir dan membawa kita kepada kerasaan, Itulah RASA yang tidak kita mohon tetapi hadir dan 

DIKURNIAKAN KEPADA SETIAP MAKHLUK YANG BERNYAWA ATAU TIDAK BERNYAWA JUGA MERASAI GETARAN DAN GELOMBANG ILAHI….. KENAPA RANGKAP PERTAMA YANG DI TURUNKAN ADALAH IQRA
 IQRA bermaksud membaca, menghayati , menyaksikan, menjiwai dan merasakan bahawa setiap yang di jadikan adalah berlandaskan Ketuhanan sejati dan satu. Tanpa Iqra dan Nama atau Ketuhanan yang ujud di dalam setiap kejadian atau setiap detik maka di manakah kita? Ketika mana ayat itu di turunkan maka kelirukah Rasul sehingga di ungkap sehingga tiga kali? Malah kali pertama di fikirkan oleh akal, kedua oleh pancaindera atau nafsu dan ketiga benarlah lagi di benarkan oleh rasa. Bilamana telah benar bacaan kita dan berlandaskan Tuhan yang menjadikan kita dan segala yang ada, Tuhan yang bernama dan tidak bernama dan tidak mampu di rungkai oleh segala macam akal atau firasat kecuali oleh rasa sebenar, iaitu rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Maka oleh itu selepas memahami akan adanya rasa yang perlu di hayati, lalu rasa tersebut di landasi oleh hukan dan batasan agar rasa itu sejajr dengan sifat ruhullah yang dominant baik, ehsan lagi maha pengasih lagi maha penyayang. Ombak kehidupan dunia adalah berbaur dengan segala sifat ketuhanan yang memerintah ala mini, atas bawah, sakit memerlukan, pasrah, kuasa, dan segala macam ragam di hinggapi setiap manusia yang mengikut apa yang di pertuhan oleh diri atau rasa nafsu manusia itu, loh tetapi masih setiap apa yang bergetar atau hidup itu adalah masih tertakluk dan patuh meneurut perancangan ketuhanan itu. Allah Hu Akhbar, Allah Maha Besar dan Maha Suci, kalimat ini wujud pada setiap saat dan di landasi oleh Tiada Tuhan melainkan Allah, kerna kesatuan dan pemerintahan nya adalah mutlak dan satu. 

APA PERLU BERTUHAN DAN APA PERLU AGAMA? 

Rasul di hantar sebagai peringatan kepada manusia sejagat dan kepada kehambaan dan kesucian dan kemurnian dan member peringatan kepada manusia yang lalai , alpa atau lupa. Asas Agama menurut jalan yang di pertontonkan oleh Rasul dan Mengabdikan diri kepada Tuhan yang Esa dan tidak kepada selainya. Loh justru itu di manakah kita dan bagaimana membawa jalan BERRASUL DAN BERTUHAN? Sunnah adalah menurut Jalan Rasul, Tauhid adalah menurut dan patuh kepada jalan Ilahi. 

KENAPA ADANYA QURAN – sebagai perlembagaan kepada kehidupan dan tata cara. Contoh pelaksana adalah Rasul. Di akhir Zaman ini bagaimanakah Berrasul dan Bertuhan? BERTUHAN ADALAH menyaksikan dan juga mengiktiraf ketuhan yang satu iaitu Raja segala raja, pemerintah mutlak dan hakiki adalah dia yang maha esa agung dan segala perundangan dan jalan atau perutusan dan arahan hendaklah di patuhi. Arahan dan perutusan adalah penuh dan mencakupi segala bentuk.. Asas Kehidupan dunia kepada yang berilmu dan mendokong ilmu akan di pertanggungjawabkan ketika mana mereka mengambil hak dan memikul tanggungjawab kehidupan di dunia. 

 KOMUNITI RASUL DAN SAHABAH DAN NEGARA ISLAM? Di manakah kita sekarang di akhir zaman ini? CUBAAN AKHIR ZAMAN ANTARA PEMERINTAH ULAMA DAN KEISLAMAN SEJATI. Rasul membela sahabah, dan mereka yang mengucapkan kalimah tauhid, tiada tuhan selainya. Maka bermula daripada kelompok yang kecil? 4, 8, 16 32 dan komuniti kecil ini setiap mereka di pertanggungjawabkan…apakah tanggungjawab kita di dalam komuniti ini? “Tidak perlu kepada Negara islam yang besar, tidak perlu kepada kuasa politik dan hudu atau berpidato sana sini di pentas dan berdebat dengan segala macam agama mungkar atau sesat. Tidak perlu kepada keganasan atau raja islam dan perdana menteri islam…tidak perlu kepada bendera islam, tetapi keluarga islam yang kecil dan lama kelamaan membesar sehingga cukuplah Allah memenangkan kita dan memberikan Negara kepada kita bilamana kita telah mampu mengalasnya.tidak lebih dan tidak kurang..

 APAKAH KELUARGA ISLAM ITU? Loh, telah cukup apa yang di pertontonkan oleh Rasul yang Agung. ; -Jagalah makanan kamu, apa yang aku makan aku berkongsi dengan jiranku. - Pinjaman daripada aku sahabah dan juga tetangga mu tiada riba. - kami tidak berjual beli dengan riba -kami lawati saudara seagama ketika mereka sakit. Kami hantar dan berkongsi anugerah Kerna “sebagai hamba, segala yang ada adalah milik tuhan dan bukan milik peribadi, saudara seagama ku yang sakit adalah sebahagian daripada badanku” 

DILEMA TIADANYA KELUARGA ISLAM YANG KECIL, MAKA BAGAIMANA HENDAK KITA MEMPUNYAI SEBUAH KELUARGA BESAR ATAU NEGARA ISLAM? ADAKAH KITA MEMPUNYAI RUMAH IBADAT ATAU RUMAH ALLAH YANG Boleh kita hidup di situ dan tidak membayar riba dan membeli rumah di atas landasan riba? Boleh kita makan dan minum makanan halal di situ? Tanpa bergantung kepada peraih yang mencekik darah dan menjual dengan harga cekik darah dan berlumpur dengan riba? Boleh kita menumpang kenderaan menghantar anak ke university atau sakit dengan kenderaan yang bebbas riba? Boleh merawat sakit kita tanpa insuran riba dan mampu merawat “kerana Allah “ dan tidak kerana Specialist dan harag dan waktu beratur lama? Mempunyai Imam atau pemerintah yang kita lantik yang melawat kita dan menjaga kesejahteraan kita daripada semua yang ada di kariahnya… LOH ENGGAK PERLU BICARA 1001 satu malam, tanggungjawab setiap imamatau mereka yang mengetuai kariah atau kelompok ini telah di pertontonkan oleh para sahabah..dan di praktik oleh mereka secara langsung dan terus bukan setakat di hebahkan kepada kita dan di gula gulakan.. “SIAPAKAH 

YANG AKAN MEMULAI SELANGKAH KE ALAM TAUHID DAN AGAMA? Pandang kiri dan kanan anda di manak kita berada ketika ini?

No comments: