Pernahkan anda mendengar berkenaan dengan ahli sufi aliran Tarekat Mewlawi atau Mawlawi yang di asaskan oleh Mawlana Jalaluddin Rumi?
Pusingan Aliran ini membawa ahlinya ke suatu keadaan minda yang selaras dengan aliran atau pergerakan alam semulajadi ciptaan tuhan,
Biasanya murid hanya dapat berpusing setelah benar benar mampu menyucikan diri mereka ke satu tahap sebelum di benarkan menjalankan teknik ini.
Teknik ini adalah di antara teknik yang paling pantas untuk mengosongkan minda daripada gangguan nafsu atau gangguan kekalutan minda mengikut ahli phychologikal barat.
Minda terpaksa memusatkan fikiran dan tumpuan ke satu titik di tangan, di tengah tubuh dan juga akhirnya ke satu titik iatitu fokus kepada kawalan alam sejagat atau ilahi (ketuhanan)
Bilamana akal mula sedar bahawa ianya tidak mampu untuk memikirkan apa apa ketika berpusing dan sekiranya ia cuba membawa minda memikirkan benda lain, maka ianya akan pening dan mungkin akan pengsan.
Jutru itu minda diikat dan di ajar dan dididik untuk fokus ke satu arah..
Buku Rahsia Pusingan Ahli Sufi Versi Melayu dengarnya telah ada, dan ada juga kelas untuk mengajarnya..bagi yang berminat.
No comments:
Post a Comment