Wednesday, December 15, 2010

SILAT DUDUK ATAU SILAT KOSMIC MELAYU?

PRAKATA SENIBELA DIRI.

1. PENGERTIAN BELA DIRI ATAU MEMPERTAHANKAN DIRI.
Kebanyakkan seni bela diri menjurus kepada seni fizikal atau kebatinan untuk mempertahankan diri daripada serangan sama ada di dalam bentuk fizikal atau kebatinan.
Di dalam “Silat Duduk’ pengertian mempertahankan diri itu pada asasnya tidak wujud!
Berikut akan di rungkai pengertian asas bela diri dan serangan di dalam silat duduk.

KENAPA MEMPERTAHANKAN DIRI ITU TIDAK WUJUD?

Serangan di dalam bentuk fizikal atau kebatinan berlaku bilamana penyerang itu berniat melakukan kemudaratan terhadap yang di serang. Konflik adalah asas kepada berlakunya serangan ini. Sekiranya konflik tidak wujud maka bagaimana mungkin serangan berlaku.
Pesilat Silat Duduk pada dasarnya tidak akan memohon atau memprovokasikan serangan terhadap diri mereka. Bilamana berlakunaya konflik atau merasakan adanya serangan yang akan berlaku Pesilat boleh berdiri atau duduk secara fizikal dan menantikan serangan yang akan datang. Sekiranya serangan berlaku maka Pesilat akan fokuskan kepada keadaan tenang yang mana ini adalah asas jurusan’ atau pagar yang akan memantulkan serangan yang mendatang.(Peringkat Kedua). Bagi Pesilat baru mereka mungkin akan bergantung kepada pertahanan gerak diri yang akan menghalang kehadirian pukulan yang akan mencederakan pesilat tersebut. Gerakan ilham atau kesedaran semulajadi pada diri tersebut secara automatic akan menghasilkan gerakan yang membela diri tersebut tanpa niat. Di dalam tenang kehadiran serangan akan terpantul secara semulajadi, ini mungkin dapat juga di kiaskan seperti pergerakan tai chi atau aikido yang secara semula jadi membawa aliran serangan daripada penyerang kepada penyerang tersebut.

Pada peringkat kedua, kebiasaanya meditasi dan penyerahan dan rasa kedudukan diri di dalam alam dunia maupun alam yang tidak nampak atau ghaib atau cakrewala ini telah tersemadi di dalam jiwa pesilat dan “duduknya” pesilat tersebut di tempat, masa dan keberadaan di alam ini akan berada di dalam “Harmoni”, sakinah atau kejiwaan syumul.

Kedudukan di tempat yang sepatutnya ini atau ada yang meyimpulkan di dalam kedudukan “insanul kamil” adalah sejajar dengan ajaran ketuhanan dan di dalam kedudukan pasrah atau penyerahan total kepada ilahi.

Justru bilamana pesilat tahap kedua ini berada di dalam keharmonian samada di dalam konflik atau tanpa konflik kedudukannya tidak tergugat.

Untuk berada di dalam harmoni, justru Pesilat Tahap Pertama di ajar agar dapat merasakan adanya pergerakan semulajadi yang tidak bersandar sama ada pada ayat, mentera atau ilham, tetapi pergerakan fizikal yang dengan sendirinya akan menjaga keselamatan diri lahir dan batin.

Bilamana telah merasakan akan gerakan dan di akui oleh akal bahawa setiap kejadian itu telah dan akan sentiasa menurut fitrah alam, maka naiklah Pesilat tersebut ke tahap kedua di mana kedudukan dalaman dan jasad adalah selari dan sejajar dengan keadaan sekeliling.

KONFLIK ALAM MAYA DAN CAKREWALA

Bumi berada di dalam apa yang boleh di simpulkan sebagai cakrewala “Milky Ways” di dalam kitaran dan pusingan galaksi ini di umpakan sebagai pusingan air di mana adanaya kedudukan atau pusat yang mana semua planet dan juga kumpulan gugusan termasuk bumi berpusing mengelilingi Matahari dan matahari dan bumi kita mengelilingi pusat atau center kitaran galaksi tersebut dan di dalam system bintang dan juga jutaan matahari yang menyinar ini tawaf” atau pergerakan pusingan ini sentiasa berlaku setiap saat.

Di dalam alam maya ini juga wujud lubang hitam, anti matter dan pelbagai lagi letupan dan makanan planet semuanya hancur apa yang terlihat mungkin cahaya tetapi pada dasarnya atau hakikatnya bintang tersebut telah lama hancur.

Justru itu pewaris atau asalnya silat duduk ini telah lama mengetahui akan sejarah alam ini dan keberadaan yang selaras dengan sains dan teknologi. Justru itu rasa tawaf atau rasa dan duduk bersama dengan daya yang maha agung ini membawa kepada keharmonian dan juga “ boleh duduk di dalam konflik atau di dalam tenang”

Bilamana kita menyedari akan kecilnya dunia ini seumpama butiran habuk di dalam alam maya yang besar ini maka di situlah datangnya penyerahan total.

Justru untuk membawa diri kepada “kedudukan yang seperti ini” maka pergerakan dan asas Silat Duduk “ adalah umpama latihan supaya minda akal mempelajari akan asas gerakan semulajadi dan akhirnya akur’ kepada daya atau tenaga alam yang besar ini.

KONFLIK ALAM MANUSIA

Kenapa serangan berlaku, secara fitrah dan semulajadi hasad dengki iri hati dan ingin menghancurkan sesuatu itu sentiasa akan ada di dalam makhluk yang bernama manusia bilamana mereka merasakan akan mereka ini berkuasa,

“pernahkan kita melihat atau merasakan pada satu ketika ketika kita masih kecil, kita melihat sekumpulan semut lalau kita membunuhnya? Kecilkan semut tersebut, besarnya kita bukan? Pernahkan kita merasakan adanya suatu desakan atau suara yang membuatkan kita ingin memusnahkan semut tersebut.? Sedarkah kita setiap saat jutaan kereta berjalan dan mungkin jutaan semut mati di langgar dek tayar kereta tersebut?

Justru itulah lumrah alam sekiranya dating masa dan detik untuk kembali maka dengan sendirinya kepulangan itu tidak dapat di tolak:

Asas senibela akan memfokuskan kepada asas serangan yang mendatang baik di dalam bentuk pukulan tangan, kaki senjata atau batin?

Sedarkah kita akan pukulan alam maya yang akan mendatang esok? Seminggu lagi atau mungkin tahun depan? Atau sedarkah kita akan pukulan itu mungkin adalah pukulan terakhir yang akan kita terima?

 Sekiranya pukulan tersebut adalah yang terakhir adakah kita pasrah dan redha akan kedatangan tersebut?

Di dalam senibela kita sentiasa di pukau dengan kehebatan atau kekuatan sesuatu senibela tersebut, kita nampak kita sebagai hero atau pahlawan, sedarkah kita akan sakitnya hirisan pedang dan kematian sekiranya pedang atau tumbukan itu kita gagal mengelak atau didalam scenario tersebut kita lah yang akan kalah?

Kita biasa melihat samurai dengan pedang dan gemar menonton cerita perang, best bukan tetapi kesakitan itu bagaimana?

Mungkin sebahagian besar aliran senibela tidak berfikiran sama dengan aliran duduk sejati ini, tetapi ramai golongan muda suka dan gemar bersilat atau mempelajari seni bela.

PENGAJARAN ALAM BAGI YANG MEMIKIRKANNYA!

Setiap pagi matahari akan bersinar setiap detik belakunya konflik di alam maya, Inilah kebenaran inilah Kedudukan” kebenaran, Jadi justru itu di mana “duduk” mu wahai sang manusia?

Zaman berlalu masa berubah dan setiap yang bermula akan berakhir, Justru itu kita telah saksikan bahawa semua pesuruh dan mereka yang menerima wahyu daripada yang Maha Esa akur akan kehambaan dan kekerdilan diri mereka ini. Kami hanyalah hamba

No comments: