Monday, August 30, 2010

OTAK BANGSA MELAYU?

MINDA MELAYU ISLAM MALAYSIA

Bagaimanakah bangsa itu di bentuk? Adakah Bangsa itu beradab dan

menjadi suatu bangsa yang mempunyai etika dan nilai sendiri?
Sebelum kita menceritakan akan ilusi nilai bangsa melayu dan

peradabannya, marilah kita melihat akan nilai semasa yang

membentuk keperibadian bangsa Melayu di negara yang bergelar

Malaysia ini.
Sesuatu bangsa itu sama seperti seorang bayi yang di bentuk sejak

lahir lagi. dimana kain putih itu di corak.
JADUAL MASA MAJORITI BANGSA MELAYU
Bangsa Melayu boleh di ketegorikan kepada 6 golongan;
1. Golongan Elit dan bangsawan Melayu
Mereka ini kaya raya, golongan bergelar datuk-datuk dan tan

sri,atau politik mempunyai kekayaan yang amat banyak.
2.Golongan Professional Melayu yang bekerja di syarikat yang

besar dan berpendapatan tinggi.
3. Pekerja kolar putih melayu di sektor awam dan swasta.
4. Melayu Miskin dan berpendapatan rendah.
5. Remaja Melayu yang berpeleseran dan menjadi mat rempit atau

terlibat dengan gejala sosial.
6. Golongan yang suka pada agama dan fanatik agama dan beramal.

Marilah kita melihat kehidupan majoriti bangsa melayu

berpendapatan pertengahan di malaysia ini.
1. Mereka bekerja ikut jadual 9-6 atau 5 hari setengah seminggu.
2. Mereka ini suka lepak di kedai kopi.
3. Mereka ini membaca suratkhabar tabloid atau politik.
4. Mereka ini akan memenuhi kedai mamak dan lepak bercerita hal

ehwal semasa atau politik
5. Mereka balik ke rumah dan melihat ceritera realiti fantasi

atau drama di media aliran percuma yang mengisahkan cinta, sedih

dan konflik keluarga.
6. Golongan skim cepat kaya, suka main ekor dan skim multilevel.

Jika di lihat daripada majoriti masa yang di luangkan untuk

informasi dan berita yang memasuki minda majoriti bangsa melayu

ini, maka sudah tentu kita dapat mengagak sejauh manakah kekuatan

minda bangsa dan yang akan berterusan memjadi bangsa majoriti di

malaysia ini.

Dilema informasi dunia Melayu.

Media cetak berbahasa melayu yang sangat murah, tabloid, cerita

politik dan hantu ini bermula dengan semurah RM1.00 senaskah,

cerita tabloid, artis and politik semasa.

Rojaknya dunia cetakan aliran bacaan bangsa melayu ini MEROJAK-

KAN LAGI MINDA BANGSA MELAYU.

MENCARI KETENANGAN DAN JALAN KELUAR DARIPADA SEMUA ROJAK DAN

KEMELUT INI?

Adakah jalan penyelesaian terhadap kemelut ini? setelah di lihat

secara kasar dan rambang tetapi halus, kita bahagikan kepada dua

golongan bangsa Melayu;

MELAYU BERAGAMA DAN MELAYU DUNIAWI.

Jika di katakan Melayu itu beragama dan menpunyai agama maka

perlulah Agama itu mencorakan kehidupan dan juga tatasusila

bangsa itu.
Agama Islam di katakan lengkap dan cukup sehingga akhir zaman,

adakah Agama itu telah dan dapat membawa bangsa Melayu kepada

sifat kehambaan dan mendapat keredhaan di dunia dan akhirat?

MELAYU INGINKAN NEGARA ISLAM DAN MELAYU BERNEGARA DAN BERUGAMA?

Hampir majoriti Melayu pergi ke Masjid dan memenuhi masjid ketika

solat Jumaat, Khatib bercerita dan adakah minda terbuka atau

selepas sembahyang kita lupa?
Islam mengadakan check and balance di mana umatnya di ingati pada

setiap Jumaat dan berpesan kepada kebenaran dan mencegah

kemungkaran. Adakah berkesannya Khutbah Jumaat itu?

Benchmark nilai Khutbah dan keperibadian Melayu berjumaat.
Janganlah kita pergi jauh untuk melihat akan keberkesananya

khutbah jumaat itu atau hanya melepas batuk di hari jumaat.

Lihat sahaja akan berkecamuknya letak kereta dan menggangu lalu

lintas, ikut suka hati sahaja parking dan menyesakkan jalan,,

adakah ini pun belum lepas?

BANGSA YANG MANA BAYINYA DI BUNUH KETIKA KECIL?

Mungkin sejarah berulang sekali lagi, majoriti anak luar nikah

bangsa Melayu dan beragama Islam ini membunuh anak kecil

kelahiran dan dosa mereka sendiri. Isu yang besar ini umpama

amaran Allah akan datangnya bala kepada bangsa tersebut seperti

mana"tidakah engkau melihat mereka melakukan kerosakan di bumi

ini dan berlaku zalim dan membunuh bayi yang tidak berdosa?

Di manakah jalan penyelesaianya? di mana silapnya?

Ketawa di dalam sinis? jawapanyan telah terpampang di depan mata?

PORNO, SUMBANG MAHRAM, SEK BEBAS, CLUBBING DAN MAKSIAT?

Jangan pergi jauh saudara seagama dan sebangsa dengan ku.

VCD BIRU DI JUAL DI DEPAN 7 ELEVEN, arak di jual 24 jam, rumah urut ada di mana mana? pelacuran haji taib masih ada?

Salah siapa> tak ada penguasakah? sendiri boleh jawab la..

bersambung....

No comments: