Sunday, November 23, 2008

LAPORAN YOGA HARAM MENURUT PARLIMEN MALAYSIA

PETIKAN SOALAN DI PARLIMEN DAN IS YOGA
Page 1
[DOKUMEN INI BELUM DISEMAK]
DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KEDUABELAS
PENGGAL PERTAMA
MESYUARAT KETIGA
Bil. 56
Rabu
5 November 2008
K A N D U N G A N
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
(Halaman
1)

MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Rabu, 5 November 2008
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
1.
Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi [Batu Pahat] minta Perdana Menteri menyatakan kaedah
sesuatu fatwa yang diputuskan dan diselaraskan antara negeri-negeri yang mempunyai Mufti
Kerajaan Negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]: Tuan
Yang di-Pertua, pengeluaran fatwa yang diamalkan di Malaysia melalui tiga tahap atau melalui
tiga metodologi. Pertama, arahan Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu, kedua permohonan atau
pertanyaan daripada masyarakat awam dan yang ketiga kajian oleh Bahagian Penyelidikan
JAKIM.
Melalui kaedah arahan Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu, proses pengeluaran fatwa
bermula apabila Mesyuarat Majlis Raja-raja menitahkan supaya Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mengeluarkan fatwa tentang sesuatu isu yang timbul
dalam masyarakat.
Manakala permohonan atau pertanyaan daripada masyarakat awam, proses
pengeluaran fatwa ini adalah melalui permohonan daripada masyarakat Islam atau pihak-pihak
tertentu. Isu-isu yang dikemukakan akan dikaji, disediakan satu kertas kerja yang berkaitan dan
kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat Panel Kajian Syariah atau Panel Kajian Akidah
mengikut kategori isu yang dibincangkan.
Manakala kaedah yang ketiga ialah kajian oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM, di mana
JAKIM sentiasa mengambil inisiatif dalam mendepani isu-isu semasa yang memerlukan kepada
keputusan fatwa atau sesuatu ketetapan hukum di mana hukum-hukum itu mesti diperjelaskan.
Dalam hal ini JAKIM menerusi Bahagian Penyelidikan akan menjalankan kajian secara terperinci
mengenai sesuatu isu dan akan membentangkannya dalam Mesyuarat Panel Kajian Syariah
ataupun Akidah.
Dr. Mohd Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan
tambahan saya ialah, Majlis Fatwa Kebangsaan ini sering dilihat begitu lambat, takut dan seolah-
olah seperti kekurangan kepakaran dalam mengeluarkan sesuatu fatwa, contohnya dalam isu
Page 3
DR. 5.11.2008
2
senaman yoga, akuan bersumpah mubahalah di masjid dan penutupan disko dan juga pusat judi
di waktu bulan Ramadan seperti dilakukan di Indonesia.
Tidakkah Majlis Fatwa Kebangsaan bercadang untuk mewujudkan fatwa house yang
menyediakan khidmat online supaya orang ramai boleh bertanya tentang sesuatu permasalahan
fatwa baik dalam soal perniagaan, kewangan, perkahwinan, politik wang sebagai contohnya
supaya mereka ini mendapat maklumat yang lebih segera. Fatwa house ini boleh juga melakukan
penyelidikan-penyelidikan mengenai fatwa bagi menghasilkan hujah-hujah Islam dan saintifik
yang lebih kukuh supaya kredibiliti-kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan ini dihormati. Terima
kasih.

No comments: