Mengikut majlis fatwa, yang juga akan menharamkan tomboy atau penkid atau yang lain lain, Yoga telah di haramkan dan tidak wajar seorang muslim untu mengikutinya dan adalah mengikut negeri-negeri melaksanakan undang undang;
adakah selepas ini pengusaha pusat yoga yang beragama islam akan menghadapi pertuduhan dan kesalahan? pengamal yoga juga mungkin akan di denda?
Pandangan dan juga komen terhadap fatwa terbaru ini adalah berlainan, ada yang akan menurutnya tetapi tidak juga ramai yang menentang..
Menurut akhbar aliran bahasa enggeris, Yoga di haramkan kerana sejarah nya yang berkaitan dengan hindu dan adanya tahap thap di dalam yoga yang akan membawa kesesatan atau larinya akidah pengamal agama tersebut?
Kenapa Yoga di haramkan ketika pusat latihan yoga umpama cendawan tumbuh? adakah di sebabkan ramainya pengikut aliran yoga atau senaman ini?
sekiranya yoga di haramkan hanya kerana '"laporan kepada majlis fatwa atau aduan" adakah tindakan ini hanya akan berhenti setakat hanya bila laporan di terima, atau juga yoga senasib dengan nasrul haq yang pada ketika dulu mempunyai ribuan malah ratusna ribu pengamal, di puncaknya maka di haramkan?
adakah kerja majlis hanya mengeluarkan fatwa mengikut keraimaian sesuatu ajaran atau amalan itu? kenapa tidka sistematik dan komprehensif?
kenapa pula xbox, nintendo, atau games yang melalikan tidak di haramkan yang mana telah mendatangkan kerosakan dan juga pembaziran masa dan juga games yang ganas dan membunuh?
pandangan berkenaan dengan isu yoga haram membawa banyak pandangan dan semestinya kumpulan atasan atau pertengahan muslim di malaysia paling banyk komen, kerana golongan berpendapan rendah sudah semestinya tidak ada masa untuk semua exercise ini1
majlis fatwa perlulah berperanan selaras dengan minda dan juga gaya hidup abad 21, sekiranya seorang muslim yang berfikiran wars ingin mengamalkan tai chi? wushu dan juga cara gaya tangan yang mirip tangan patung buddha maka adakahnya haram?
susah atau senang aje mengharamkan sesuatu?
No comments:
Post a Comment