Monday, May 19, 2008

Tun Mahathir berhenti umno

Berikut adalah petikan daripada blog tun mahathir mohamed, di http:www.chedet.com keputusan tun mahathir mohamed untuk berhenti daripada umno adalah sesuatu yang mengejutkan dan juga membawa risiko tinggi,

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2

Merujuk kepada perkara di atas telah jelas tun mahathir mohamed menentang kepimpinan abdullah ahmad badawi dan akan membuka akan kesalahan kepimpinan negara dan juga barisan nasional,
Tun Mahathir mohamed telah mendeklamasikan tentangan beliau secara terbuka kepada dan terhadap abdullah ahmad badawi, justru itu adakah abdullah ahmad badawi faham bahasa yang terbuka dan jelas ini? apakah tindakan selanjutnya oleh abdullah badawi, saving a sinking ship?
atau adakah komponent barisan nasional akan sama sama ikut tun mahathir dan meninggalkan pak lah? mungkinkah ahli parlimen akan menukar kepada pakatan rakyat atau public konspiracy ini yang di label oleh tun mahathir mohamed.
Malang lah malaysia sekiranya, Public conspiracy mengambil alih pucuk pimpinan negara kerana, all the bad sheep have turn to the angry mobster mentality,
Adakah tun Mahathir mohamed sedar implikasi tindakan beliauterhadap umno, negara dan bangsa melayu? Adakah pak lah sedar akan situasi dan keadaan negara malaysia justru jika beliau memilih untuk kekal sebagai perdana menteri?
Rakyat menentang beliau tun menentang beliau dan juag public conspirator (pakatan rakyat)
Anwar Ibrahim akan tersenyum jika ini berlaku, easy win untuk beliau , beliau telah berjaya untuk check mate atu hampir untuk check mate di dunia politik malaysia.
Yang rugi adalah bangsa melayu yang sentiasa rugi atas kerakusan dan ketamakan kuasa golongan politik dan elite melayu ini.
Dimana Jebat melayu adakah Tun Mahathir bukan jebat 2008, yang bukan lagi setia terhadap umno tetapi telah mencabut keris di laman blog chedet.com dan terang terang mencabar kuasa sultan malaysia ketika ini iaitu pak lah yang beliau sendiri melantik, riuh sekampung rakyat malaysia melihat pergaduhan dan perebutan kuasa ini, yang salah siapa, bangsa melayu sendiri kerana mereka adalh dahulunya umno tetapi umno yang tiada "Judicial Umno" Ahli politik umno memang telah di ketahui rakus dan tamak kuasa dan politik wang, wayang kulit alaf 21st pembangunan negara, dahulunya dan mungkin sehingga umno sendiri terpinggir.
Badan disiplin Majlis tertinggi umno perlu ada untuk meneliti dengan telus unsur rasuah salah guna kuasa dan pelbagai lagi atas nama melayu dan amanah bangsa dan negara, tetapi element ini tiada, yang ada adalah judicial power umno oleh mt umno yang mana adalah berpaksikan yes man dan saya sokong pm,
Dilema cabaran dan keris terbuka Tun vs Pak lah mengundang rapuhnya sistem diplomasi bangsa melayu atau individual melayu itu sendiri, Kenapa boleh jadi macam ni? Tiada agamakah Tun dan Pak Lah, mereka tidak boleh duduk semeja kah untuk berbincang? di aman unsur persaudaraan islam, unsur bangsa melayu or di dalma bahasa african american atau pak cik hitam Black Amerikan, yo whats up brother! Di manakah benteng bangsa melayu sendiri the peace maker atau perungding tara- justice of peace bangsa melayu sendiri? Kita ada JP YANG DI ANUGERAH OLEH SULTAN? tetapi ade ke JP-JP mELAYU INI membuat kerja sehingga terjadi perselisihan faham secara terbuka ini?
Kegagalan check and balance bangsa melayu ini telah jelas dan terpampang di depan seluruh dunia keris blog chedet telah nyata dan telah berdarah oleh tulisannya?

1 comment:

caringcats said...

Yelah tuu siapa lagi nak berhenti