Wednesday, April 28, 2010

Kuasa Ghaib Dunia

Kerajaan GHAIB!
Ilusi Kuasa Memilih?
Janji Kosong?
Susahnya ingin kan Kerajaan Telus?
Peranan CIA, KGB, MOSSAD, Kongsi Gelap, syarikat di dlam pentadbiran dan kewangan negara?
Pengaruh dan kemasukan kuasa besar ke dalam negara kecil melalui wto, un, afta dan pelbagai lagi.
Kerajaan yang kita nampak sekarang ini adalah lain dengan kerajaan yang sebenar?
Demokrasi adalah bertunjangkan setiap warga negara yang di berikan satu undi untuk memilih calon! Persoalanya adakah rakyat memilih calaon atau pemerintah di calonkan oleh kuasa ghaib? Ilusi kuasa memilih, dan setelah di pilih suara siapa yang kedengaran? suara parti atau suara kuasa dibelakang tabir?
Kuasa di belakang tabir ini telah memegang tampuk pemerintahan hampir semua kuasa besr di dunia, apatah lagi kuasa negara kecil yang dengna mudah dapat mereka kotak katikan?
HAK RAKYAT?
Rakyat di katakan berhak, tetapi sebenarnya hak rakyat ape dia? perlu berdebat dan berbincang hanya nak dapat air free?
Apakah peranan CIA

Tuesday, April 27, 2010

Penyakit Menurut Tasawwuf

"Allah Tidak mencipta sebarang pnyakit tanpa ada penawarnya, kecuali kematian" Hadis
Segalanya penyakit datangnya daripada Allah dan di benarkan oleh Dia, oleh itu ahli sufi beranggapan bahawa hanya Allah sahaja mampu mengizinkan penawarnya dan membenarkan apa apa bahan atau penyebab sebagai penawar. Ahli Sufi hanyalah berdoa dan menjadi perantara memohon akan kesembuhan penyakit tersebut, selalunya hanya ahli sufi yang bertaraf Guru sahaja akan melalukan permohonan atau doa, dan bukan murid, tetapi setelah penyembuhan datang tidak semestinya tanpa penyebab atau medium samada makanan , daunan atau hanya doa dan penyembuhan nya secara auto, semua mengikut keizinan atau alamat yang di berikan, ada juga ahli sufi yang hanya menyentuh pesakit dan baik dan ada juga yang hanya berdoa dan penyakit sembuh,semuanya menurut kepada keizinan dan gerak (petunjuk)ilahi.
Terdapat juga aliran sufi yang berpendapat penyakit badaniah di sebabkan oleh ketidak seimbangan tenaga atau daya nafsu di antara jasad, badan dan ruh dan juga kesan daripada unsur luaran atau tenaga ghaib atau gangguan kerohanian. Sekiranya minda kacau atau tiada ketenangan dan keadaan kusut atau jiwa kacau ini akan menggangu keadaan asal jasad, seperti aliran darah, ketegangan saraf dan juga fungsi jasad seperti perutdan sebagainya. justru itu ahli sufi menitik beratkan zikir yang bole mententeramkan rohani yang akan mengembalikan jasad kepada keadaan sujud atau patuh kepada ilahi. Bilamana jiwa tenag(sakinah damai) maka jasad akan berada pada keadaan neutral dan stabil yang akan berada dalam keadaan sihat dalaman dan luaran.
Keseimbangan jiwa, ruhani dan jasad juga berangkai dengan pemakanan yang di ambil oleh seseorang itu, makanan perlulah semuanya halal, suci dan bersih dan juga tidak di syorkan makanan yang berempah, panas dan pengambilan daging kerna mengikut setengah aliran sufi pemakanan juga ada perhubungan dengan keadaan nafsu manusia tersebut, seperti nafsu amarah yang biasanya menjadi lebih kuat sekiranya makanan panas dan juga berunsur haiwan banyak diambil oleh seseorang itu.
Justru itu aliran sufi ini akan juga menjadualkan kepada murid tarekat akan pemakan yang seimbang untuk pembinaan dan thaf pengenalan kepada nafsu itu sendiri, Hampir semua aliran sufi ingin mengekang nafsu amarah dan nafsu kebinatangan yang biasanya ada dan wujud di dalam masyarakat awam.

Sunday, April 25, 2010

Tasauf dan H1N1

TASAUF DAN H1N1

Katakanlah milik Allah lah segala yang ada di langit dan bumi, hatta tidak bergerak sebutir zarah tanpa izinya,justru itu wabak yang melanda dan setiap insan yang diuji untuk mengenai wabak atau zarah kuman itu telah termaktub di dalam perancangan Allah sejak azali lagi.
Di ambang Malaysia dan dunia di landa oleh wabak ini yang asalnya berpunca daripada Babi, salah satu ciptaan tuhan yang di haramkan sebab kotor dan boleh memudaratkan badan manusia. Justru itu boleh lah di nukilkan zarah H1N1 itu kotor dan semestinya akan pergi kepada yang kotor kerna "bagi setiap benda itu telah kami jadikan berpasangan" adanya unsur tarikan dan juga kuasa tarikan kenapa benda yang memudaratkan ini akan mengenai atau menghinggapi badan yang kotor.
Kepercayaan kepada benda yang ghaib dan kuasa yang mentadbir benda yang ghaib ini hatta zarah yang kecil ini semestinya di serahkan kembali kepada Allah yang esa.
Ketakwaan dan penyerahan kepada yang esa di kala arahan daripada dia yang esa agar benda yang kotor ini mendatangkan penyakit kepada manuasia perlulah ada. Oleh itu cobaan yang paling berat pada setiap insan ketika ini adalah agar sentiasa ingat akan Dia Yang Esa, hatta sekiranya hamba itu lupa pada dia yang esa dan hatta ketika itu ada unsur kekotaran ini di udara dan juga sekitaran tidak dapat tidak mungkin dengan izinnya kita akan di hinggapi oleh wabak ini.
"justru itu ingatlan akan Aaku ketika baring duduk dan juga berdiri, hatta hanya dengan mengingati ku sahayalah jiwa itu akan tenang"